Tuesday, November 23, 2010

Tidak kasihankah kalian denganku??

“Huh!” Dengusan yang dilepaskan keliru antara kecewa, merungut atau sekadar melepaskan lelah.

Emilia tak minatlah sukan <- tu yang badan besar tuh! Emilia suka berpesatuan dan berkelab, seronok agaknya bertemu orang sebab Emilia suka terperuk di dalam bilik dari keluar ke bandar berdekatan untuk berjalan-jalan atau pulang ke kampung halaman seperti rakan lain di hujung minggu. Emilia sukakan kehidupan ini, jauh dari kesibukan kota tetapi hampir ada segala yang Emilia perlukan untuk menyambung hidup (Cewah!!) Kampung cuma 3 jam sahaja dari tempat belajar ni, tapi Emilia lemas dengan keadaan sehinggakan meninggalkan tempat menuntut ilmu ini, Emilia tak tegar. Emilia pernah pulang beraya betul-betul sehari sebelum raya. Pulang ke kampus pada hari raya ketiga kot.

Tapi, tu semua dahulu. Masa Emilia belajar pada peringkat diploma. Emilia rindukan semua itu! Hidup Emilia berubah dengan sangat ketara, apabila ditawarkan ke peringkat ijazah dan ketika melihat lokasinya....Ya Allah! Dekat dengan rumah? Sungguh ke?

Jadi, seperti agakkan Emilia, ayah dan ibu tak bagi duk asrama, “duk rumah ajelah”, kata mereka. Nak di jadikan cerita...Emilia tak betah duduk di rumah. Bersama dua rakan baik Emilia, kami sering keluar untuk makan malam bersama dan waktu biasa tiba di rumah, lebih kurang jam 12. Pantang ada sahaja permintaan untuk dibantu, Emilia akan berusaha keluar. Sambil itu, Emilia suka ke MPH, Popular Bookstore atau mana-mana kedai buku yang ada semasa Emilia merayap. Makin banyak novel Emilia beli.

Tapi kerana sedikit ketegangan dan kesibukan, jarang lagi dapat meluangkan masa bersama mereka. “Huh!” Itu je yang dapat Emilia katakan....

Duhai sahabat, aku dihimpit kelemasan dan kemuakan di sini. Tidak kasihankah kalian dengan aku?

=) Emilia (wrote - 1332, Nov 07, 2010).

No comments:

Post a Comment