Tuesday, November 23, 2010

Tragedi 13 Nov 2010

Investment. Antara aktiviti yang ingin Emilia ceburi selama bercuti panjang ini. Maka, tanggal 13 November, Emilia ke Hwang DBS Investment Bank untuk membuka akaun. Emilia sendiri sukar mencari maklumat pembukaan akaun pelaburan di Malaysia. Maka, Emilia kongsikan untuk memudahkan search engine membantu rakyat Malaysia.

1. Barang yang perlu dibawa:

a. IC dan salinan depan belakang

b. IC dan salinan penjamin (pelajar)

c. Buku akaun simpanan (mana-mana bank pun boleh)

d. Satu salinan muka depan buku akaun simpanan

2. Pergi ke Investment Bank yang terdekat dengan kediaman anda untuk memudahkan urusan.

Tak tahu di mana investment bank terdekat? Sila rujuk:

http://www.klse.com.my/website/bm/brokers/equities/list_of_brokers_alpha.html

ikutlah negeri mana anda menetap.

3. Di kaunter, katakan anda ingin membuka akaun. Isi maklumat pada borang tersebut. Pastikan anda mengikut ejaan seperti dalam kad pengenalan.

Eg: Binti ditulis mengikut yang dinyatakan pada Kad Pengenalan. Jangan ubah ejaan.

Eg: Alamat mengikut Kad Pengenalan. Sekiranya di dalam kad pengenalan, tiada koma (,) maka, tak perlu letak koma (,)

4. Apabila CDS account created, dia akan minta kita buka pula Trading Account. Isi borang lagi.

5. Bagi pelajar, anda diminta untuk mempunyai seorang guarantor dan guarantor tersebut hendaklah menandatangai setiap muka surat dalam perjanjian setebal 6 muka surat sebanyak 2 set. Perjanjian ini akan diberi oleh pegawai berkenaan. RM10 setiap satu set akan dikenakan untuk cas stamping.

6. Saksi diperlukan. Dalam kes saya, saksi perjanjian tersebut adalah remisier.

7. Dalam masa beberapa hari, bank pelaburan tersebut akan menelefon semula dan mengesahkan Trading account anda. Beliau juga akan member kod trading kepada anda.

8. Anda boleh melabur sekarang. =)

Go to the bank

Buka Akaun CDS

(Free)

Isi maklumat diri dan contoh tandatangan

Akaun CDS confirmed

Buka Trading Account

Bekerja

(free)

- Isi borang seperti diarahkan

- Declare net worth anda

Pelajar

(RM 20 - Stamping)

- Isi borang dan ambil 2 set perjanjian

- Setiap muka surat perlu ditandatangani oleh penjamin

- Net worth declared based on family income

Serahkan semua salinan yang difotostat dan pastikan anda mengambil semula semua dokumen original

Terima call dari bank pelaburan untuk pengesahan trading account dan ambil nombor trading anda.

Selamat Melabur!

---end---

Perhatian! Di atas adalah carta alir proses pembukaan akaun pelaburan di HwangDBS Investement Bank. Mungkin berbeza dengan bank pelaburan yang lain. Entri ini berdasarkan pengalaman si penulis entri dan sekiranya berbeza maklumat adalah tidak menjadi tanggungjawab penulis entri.

Melabur perlu banyak membaca dan di bursa Malaysia, banyak maklumat boleh didapati di sini. http://www.klse.com.my/website/bm/bursa_basics/

dan juga di sini http://1-million-dollar-blog.com/how-to-open-trading-and-cds-account-for-trading-in-bursa-malaysia/

Tetapi ingat! Anda melabur menggunakan wang sendiri, jadi, ia hak anda dan anda menentukannya sendiri!

=) Emilia (wrote - 1319, Nov 24, 2010)

Berniaga tapi tidak meniaga!

Ada perniagaan tapi tak mahu meniaga. Ya, sejak kebelakangan ini, Emilia sering frust sendiri. Dengan rakan-rakan niaga yang tidak komited. Itu pun menjadi masalah Emilia sendiri apabila perkara yang perlu diuruskan bersama diletak atas bahu Emilia sendiri sahaja. Emilia muak. Muak. Sangat muak.

Hari ini, sewajarnya Emilia perlu bangun awal untuk meniaga di pasar tetapi, malam tadi sahaja mata hanya boleh dilelapkan sekitar jam 5 pagi. Sebaik mata lelap, jam berbunyi pula tetapi Emilia begitu tidak berdaya untuk bangun. Rasanya masalah tidur sudah kembali.

Disebalik entri yang lalu, masih ada lagi seorang rakan niaga yang menghancurkan kepercayaan Emilia terhadapnya.

Minyak Wangi

Berhasrat untuk mencuba perniagaan minyak wangi, Emilia cuba menghubungi seorang pengedar dan harganya tidaklah murah tetapi apa salahnya mencuba. Ya, itu cerita Ramadhan lalu. Maka, seorang lagi teman Emilia yang telah dinaik tarafkan sebagai rakan niaga membawa semua stok minyak wangi tersebut ketika beliau dan keluarga pulang berhari raya.

SMS diterima mengatakan bahawa semua minyak wangi tersebut telah dijual. Tetapi lain pula ceritanya apabila Emilia bertemu empat mata dengan teman ini. Ibu saudara beliau ingin menceburi bidang perniagaan dan bertanya-tanya mengenai minyak wangi tersebut dan ibu kepada teman Emilia ini terus memberi cadangan “ambil aja semua, yang tak jual pulang balik”

Emilia marah. Ini kerana Emilia rasakan dia tak jujur. Apa salahnya dia beritahu awal? Emilia pernah cakap, Emilia rela sakit diberitahu kebenaran pada awal waktu daripada Emilia menyimpan amarah dan dendam dibelakang hari. Kenapa sukar benar? Berapa lama yang diperlukan untuk kita mengenali hati masing-masing. Cukup terbuka Emilia menerima setiap apa yang mereka guraukan dan mentertawakan Emilia sehingga kadang-kadang Emilia terasa diri diperbodohkan. Tidak cukupkah itu untuk dia berterus terang?

Ini aje ke?

Maka, kita sekarang menyambut Hari Raya Aidiladha, akhirnya Emilia mendengar khabar mengenai minyak wangi tersebut. Dua bulan lebih ya, baru berbunyi ceritanya. Tetapi ceritanya berkisar tentang...

“Emilia, berapa botol ya minyak wangi yang Emilia bagi haritu?”

Aii...SMS ini aja?

Hehe..Emilia seperti biasa, daripada ingin berdiplomasi, Emilia kali ini tegas dan muktamad. Maka, SMS berikut dihantar pada hari yang sama entri ini ditulis.

SMS maut

“Assalamualaikum, (nama tidak disiarkan), terlalu lama lah Emilia tunggu minyak wangi tu..harapnya dia byr smualah..klu Emilia ambil xboleh jual pun..dah outdated..”

Tidak berniat langsung di hati Emilia untuk menyakiti atau menyusahkan. Tetapi, ini bisnes dan masa adalah wang. Dua bulan dia bertindak untuk tidak bertanyakan khabar sungguhpun Emilia ada bertanya-tanya. Jawapan mudah yang mencabar iman di hati Emilia “nantilah”.

Bisnes lain

Emilia silap percaturan. Emilia telah banyak melibatkan rakan niaga yang seorang ini di dalam perniagaan bersama. Kami punya jenis perniagaan lain termasuklah tudung, selendang dan aksesori manik.

Jadi, apa yang Emilia boleh lakukan? Emilia berhasrat melelong semua barang yang dikongsi itupun atas persetujuannya. Emilia akan identify semula bisnes Emilia dan rakan niaga dan hanya melibatkan modal sendiri dan berdiri di atas kaki sendiri. Hanya yang serius akan diteruskan dan lain-lain dijadikan sampingan.

Balasan

Emilia mendapat balasan Emilia dengan terlalu mempercayai rakan. Bukan bermaksud rakan itu baik, dia adalah rakan niaga yang baik. Bukan bermaksud rakan itu lemah lembut tutur bicaranya, kata-katanya baik untuk perniagaan perkongsian. Bukan bermaksud rakan itu sopan santun, tindakannya betul untuk sebuah perniagaan. Bukan bermaksud rakan itu cantik, dia adalah asset perniagaan. Bukan bermaksud rakan itu dipandang sempura, dia sempurna untuk perniagaan. Teman, kita akan jumpa noktahnya untuk perkongsian ini. Kau kekal sebagai teman baikku, tetapi kau tidak kekal sebagai sebagai rakan niagaku. Cukuplah, aku serik dan muak sekali dengan tindakanmu.

=) Emilia (wrote-20/11/2010 1537)

Adakah kita betul dalam memilih rakan niaga?

Barang Yang Hilang

Saat kekalutan dengan banyak masalah yang berlaku, saat itu manusia suka membilang kepercayaan yang dipertaruhkan ke atas orang lain. Maaf. Emilia juga begitu. Emilia hanya manusia biasa. Emilia tidak berniat menceritakan kisah ini untuk membuka aib teman Emilia sendiri, tetapi, Emilia pernah katakan, blog ini Emilia pilih sebagai luahan perasaan yang tak boleh Emilia luahkan pada insan itu sendiri.

Mengapa seolah-olah ramai manusia yang lupa apa yang Emilia pernah nyatakan?

Semalam, Emilia kehilangan barang. Telah Emilia pesan ketika panggilan di buat, bahawa barang tersebut di balutkan dengan tisu.

Untuk kesekian kalinya, Emilia hantar pula SMS merujuk kepada barang yang di cari itu.

“Alaa..Emilia mlm td tdo xpakai..cbe tgk area tv..bwh2 kusi tu..Emilia balut ngn tisu putih..”

“Kan senang ckp awal2 da jumpa da..”

Aihhhh? Bukan ke dalam perbualan tadi kami bersetuju ‘barang’ yang dicari tu dibalut dengan tisu putih.

Mungkin ini kecik punya hal, tapi sebelum dan selepas itu, masih ada banyak lagi yang terjadi yang hampir sama peristiwanya.

Rakan Niaga Yang Menyusahkan

Dan, hari ini, ada satu perasaan yang sejak dari semalam timbul. Hari ini rasa itu semakin bercambah dan hanya iman di dalam hati ini yang mampu untuk menjadi tiang agar perasaan marah yang menggunung dan mencucuk jiwa Emilia ini tidak menumpahkan laharnya.

Sakit. Hati sakit. Tapi Emilia tahankan demi statement Emilia “Jadi baik (walaupun orang tak baik)”. Sungguh-sungguh Emilia ingin menjadi insan yang baik serba-serbi. Tapi Allah sentiasa akan menguji di mana sahaja hambaNya berada.

Ikuti rentetan SMS di bawah kepada seorang teman (bahasa SMS yang digunakan tidak sesuai untuk tujuan rasmi) – Teman, sekiranya kau membaca, kau perlu tahu bahawa aku benar-benar kecewa, tatapi sayang, kau benci membaca.... :

“Nk bgtau, aku xkre lg duit topup..nk abskn celcom dulu..last time, aku ada topup maxis rm500 tapi kau xbg duit..so it should b thousand smthg..dont worry, ill deduct all topup for topup phone..just to inform,tq..” Emilia memulakan SMS dengan membalas SMS nya sebelum ini.

“Wat?? Xbg duit lg?? Aku dah bg kot.n i only owe u rm180

“Bukan,remember one time kau desak aku g wat topup maxis sbb habis..kau ada bg aku duit x?ms tu kau kat tmpt keje..dated:15/10..”

“Kau nak duit rm180 tu?Aku bg malam kang”

“Xpyh dulu..aku nk abskn..sorry,i don’t remember receiving any 500 from u for dat topup,if u ada bg,let me know..”

“Kan aku ada bg dngn beg pink tu,dlm keta.last 2 weeks..yang aku ckp aku penat,tp nak kuar gak coz nak settlekan topup.u pick me dat day

Not that one, yg duit tu ada kat aku..b4 dat..yg tu ada kat aku..kau igt x?eload tau,bukan kredit..”Emilia, maxis dh abs,rmi nk topup ni..topupkn..cpt2” ”

“Aku xpaham ape2.nanti aku bg kau da rm200..ada prob,ada xckup,bgtau lg nanti”

“Aku nk bg kau phm gk..u have to understand..ni hp biru ni utk topupkn kredit org kan?pada 15/10 eload kau dah x de baki..so,kau suro aku cash deposit kat kedai topup utk recharge balance..duit 500 tu duit aku,kau xbg aku hasil jualan lgsg masa tu utk kau recharge,aku recharge guna duit aku..”

“So rite now i owe u 500?”

Not sure..not calculated yet..it maybe more,maybe less..tungu smua sold out..”

Wat? I only have 200 with me

I dont know..my total topup should be 1300..b4 last 2weeks u never hand me any money rite?

“X.coz aku ada 200 je,even kau pun ckp aku utang 200,n tbe2 ni 500? Sum kat (nama ini tidak disiarkan) kot.”

“X.. (nama ini tidak disiarkan) handed all..he recorded all..we’ve met..n i checked them with frens..u one left,u..ok..i would like to ask u,bila topup habis,aku g bank n then g fax kat kedai tu kan?ms aku nk bg kat kau,kte buat sama2..then,2nd time,yr ereload system balance xcukup utk topupkan orang,i sent d money again n fax for 2nd time,but im alone..not with u..if after that,u hand me 500,then it is settle..if u only once hand me d money which is on 4/11, then smthg is not right..coz i have to have more than 1.3k with me..”

“Eh,mane tau..told u aku teruk record2 ni,memang xnak buat lansung,xnk buat pun.aku ada 200 with me,yang mcm kau ckp last week.dats all.i dint take any,i dint steal any

“I don’t accuse u..never.im doing my biz here,i don’t want to lose any single cents..we’ll meet,ill reexplain,n if u still can remember, u have to get me that balance..its my own saving for study..”

Bagi yang tidak memahami perkara ini, Emilia akan cuba terangkan dengan mudah. Emilia mempunyai perniagaan kecil iaitu menjual topup kepada rakan sekelas. Sistemnya diaktifkan oleh syarikat menjual ereload terus kepada telefon Emilia. Apabila Emilia dikhabarkan untuk menyambung pengajian ke luar negara, Emilia serahkan kepada teman untuk menyambung. Sales terlalu teruk tetapi Emilia tak pula salahkan teman. Buyers Emilia sangat sensitive dengan perubahan dan sukar mempercayai orang yang menggantikan Emilia. Maklumlah, takut dituduh tidak membayar wang topup.

Teman Emilia yang membantu ini sedang berpraktikal untuk menyudahkan semester terkakhir beliau. Dia tak suka membaca, dia tak suka merekod. Emilia memberi warning yang sikap ini apabila tidak diubah akan memakan diri. Masin mulut Emilia apabila terjadi keadaan di mana ereload Maxis telah habis bakinya untuk membolehkan dia memasukkan topup kepada pelanggan. Jadi, Emilia mendahulukan duit sendiri untuk membantu memudahkan urusan kerana dia berkerja.

Sebagai manusia, Emilia juga lupa. Tapi mengikut rekod Emilia, Emilia tidak menerima sebarang wang untuk membayar wang yang didahulukan tersebut. Emilia cuba untuk professional dengan setiap urusan perniagaan dan dia tahu itu.

Maka secara tidak langsung Emilia telah menambah modal topup. Oleh itu, jumlah yang perlu ada di tangan Emilia sekarang adalah total modal asal, modal tambahan dan untung. Untung dimasukkan terus dalam jumlah ereload supaya peniaga boleh dapat cash untung mereka.

Mengapa pengakhiran SMS tersebut dia begitu defensive? Adakah Emilia ni begitu teruk sekali menuduh rakan baik? Emilia nak beritahu sesuatu kepada teman ini..

Seperti yang pernah aku nyatakan, aku tidak sedikit pun meragui kepercayaan aku terhadap kau tapi kau pernah memusnahkannya di depan aku. Dengan wang kutipan jualan, kau gunakan di hadapan aku sedangkan business practice tidak pernah menggalakkan seorang peniaga sebegitu. Kau guna duit aku bayar barang peribadi. Ya! Kau bayar semula tetapi apa penjelasan untuk wang RM500? Aku tak peduli kita kawan kerana business ini buta dan tidak pernah kenal apa itu rakan. Untuk menjadi professional, RM500 adalah wang peribadi. Tetapi sebagai rakan, aku beritahu kau yang RM500 tu merupakan wang untuk aku melanjutkan pelajaran. Aku perlukan RM36,000 lagi and I can’t afford to lost more. Itu sebabnya RM500 itu terlalu besar untuk aku.

Kenyataan Rasmi

Kalian membuktikan segalanya. Allah benar-benar menunjukkan dan memberikan Emilia kebenaran dan apa yang Emilia perlukan. Emilia teragak-agak untuk melibatkan rakan-rakan niaga ini lagi dalam beberapa bisnes yang Emilia rencanakan. Emilia pernah cuba mengusahkan perniagaan lain yang boleh melibatkan kami bertiga. Tetapi kepercayaan Emilia terhadap rakan niaga ini semakin kurang dan mereka sendiri menjatuhkan peratus itu sendiri.

Tetapi kepercayaan Emilia untuk mereka sebagai teman dan sahabat masih sama seperti dahulu. Emilia tak suka mencampur aduk semua aktiviti Emilia. Bisnes adalah bisnes dan rakan tetap rakan. Kalian tahu itu.

Maka, dengan ini, sahabat yang terbaik ini, Emilia mengeluarkan mereka daripada menjadi rakan niaga, iaitu melibatkan urus niaga dengan Emilia atas dasar kepentingan perniagaan. Anda tidak professional dan anda tidak ingin belajar, terlalu mengagungkan kelemahan diri sehingga itu menjadikan diri anda sukar ke hadapan berbanding orang lain. Saya, tidak berniat mengaibkan anda dengan membuat pengumuman ini di laman sesawang ini sebelum saya bercakap sendiri dengan anda. Tetapi anda berdua akan tahu, dan itu pasti. Saya tidak hebat tetapi komitmen anda membuatkan kita tidak serasi. Apabila semua kira-kira siap, penerangan dibuat, untung dibahagi dan kita bersetuju dengan setiap butir perbincangan dan itu adalah saat perkongsian kita berakhir.

=) Emilia (wrote - 2214, Nov 19, 2010)

Mengapa ‘diri’ itu sukar mengikut katanya sendiri??

Seperti jiwa yang rohnya menjauhi, kekesalan seperti menghentak-hentak sanubari. Kesalahan demi kesalahan dihempap ke atas bahu sendiri. Mengapa begitu sukar? Kata yang menyuruh yang baik itu, hatiku sendiri, yang memungkiri itu juga diri sendiri.

Mengapa sukar menyuruh diri sendiri berbanding paksaan demi paksaan daripada orang lain?

Ya Allah, adakah hati ini tidak bersih? Adakah hati ini hitam? Adakah hati ini terlalu menyimpan hasad dan dengki? Adakah hati ini menyimpan benci yang menebal? Adakah hanya riak dan rasa ujub dan takbur sahaja yang mengulit hati ini? Adakah yang duduk di atas hati ini merupakan syaitan? Syaitan yang lahir dari perbuatan menguap tanpa menutup mulut atau syaitan yang memang ada di dalam hati ini dek hasutan-hasutannya yang berjaya?

Ya Allah, aku tahu zahirnya mata ini sering melihat dan menonton maksiat, yang selalu aku biar ia berlalu di ekor mataku. Ya Allah, aku tahu mulut ini banyak cakapnya buruk daripada baiknya, yang butirnya sering menyentap hati yang dikasihi, mungkin juga mulut ini banyak memuji dan mengangkat diriku sendiri berbanding memuji yang tentunya Maha Besar. Ya Allah, aku juga tahu hidung ini sentiasa menyedut nikmatMu setiap masanya, tetapi sebegitu mudah helaan dan hembusan itu, semudah itu juga aku melupakanMu. Ya Allah, aku juga sedar telinga ini juga memilih yang dirasakan halwa telinga yang terbaik bukan ayat-ayat penawarMu untuk aku tenteramkan jiwa ini. Ya Allah, tangan ini, kaki ini, tubuh ini ya Allah.... telalu banyak dosa yang diheret hari ke hari...

Ya Allah, mengapa sehingga begitu sekali di saat aku menyembahMu aku sebenernya seperti “tiada masa” untuk berfikir tentangMu? Solatku begitu sekali rukunnya tetapi di minda ini hanya ada aktiviti kemudian nanti, makanan apa jamahan tengahari, selesai bagaimana masalah nanti..Apa ini ya Allah, 5minit begitu sekali di dalam 24 jam aku hanya sombong dan bongkak? Apa sebenarnya ya Allah? Apa yang telah aku bina sehingga begitu sekali aku semakin menjauhkan aku dariMu?

Sehingga tiada lagi kemanisannya. Allah....

Ya Allah, RasulMu telah membenarkan kataMu bahawa apa yang dijanjikan akan terjadi, akan terjadi. Kerana, terlalu banyak bukti yang Kau tunjukkan. Tapi ya Allah, beginikah aku? Ini kah aku? Begitu burukkah dan hinakah aku di mataMu? Ya Allah, aku mempelajari dan dididik untuk mengenaliMu dan aku juga megetahui bahawa segala pancaindera...ya...sebenarnya tubuh ini...setiap bahagiannya tidak terlepas dari aduannya padaMu suatu hari nanti. Lalu, apa yang aku miliki sebenarnya? Dengan dosa dan dusta yang aku dapatkan dengan menggunakan mereka, apa lagi Ya Allah? Tiada satu pun milikku. Mereka akan berkata benar denganMu serta mengkebelakangkan aku, sungguhpun kami bersatu berpuluh tahun lamanya. Sehingga pada saat roh itu ditarik, ia seperti tidak membenarkan untuk dibawa malaikatMu untuk pergi, kerana mereka telah bersatu lama. Dan kesakitannya pasti. Kesakitannya kekal sungguhpun bertahun lamanya.

Maka, siapakah aku? Aku itu pada apa, ya Allah? Aku itu hanya nama sahaja kah? Aku itu bukan tangan, kaki, kepala dan sebagainya ya Allah. Lalu, aku itu siapa? Apa hakku di depanMu ya Allah? Segala-galanya milikMu... Aku ini tiada apa, aku juga bukan sesiapa...

Aku sentiasa mencariMu, meminta, mengadu dan merintih di hadapanMu ya Allah. Tapi semua adalah milikMu ya Allah.

Tapi, bolehkah aku meminta sesuatu ini ya Allah? Sebelum aku meminta yang lainnya, benarkan aku meminta yang satu ini. Makbulkan yang satu ini. Kurniakan yang satu ini. Perkenankan yang satu ini. Tolonglah, ya ALLAH!

Ya Allah, aku memohon Kau kurniakan aku sekeping hati.

Sekeping hati yang suci.

Yang bersih.

Supaya aku dapat benar-benar mengikhlaskan jiwaku menyembahMu.

Supaya segala ibadahku diterima.

Supaya ia menjadi hati yang kuat untuk menjauhkan aku dari kejahatan.

Aku meminta hati itu.

Supaya ia suci dari hasad.

Supaya hanya yang terbaik yang diperkatakan tatkala anggota ini menyembah dan mengadu kepadaMu.

Aku meminta hati itu.

Sebelum aku meminta yang lainnya.

Kerana aku ingin ikhlas.

Aku ingin menjiwai setiap yang aku lakukan tatkala aku menyembahMu.

Aku ingin merasai tubuhku bergetar takut atas kebesaranMu.

Aku ingin ibadahku diterima untuk kesetiap kalinya.

Aku hanya ingin hati yang bersih itu.

Kerana hati yang bersih itu sahaja yang mampu menjadikan akal dan tubuh bergerak seiiring dengan apa yang difikirkan.

Aku mahu hati baru, tukarlah ya Allah dengan hati yang aku ada ini.

Aku ingin menjadi baik.

Aku ingin berhijrah.

Maka telahku pilih untuk memohon sekeping hati, sebelum yang lainnya.

Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam,

Bantulah aku dan perkenankanlah.

=) Emilia (wrote - 0751, Nov 12, 2010)