Wednesday, March 2, 2011

He is NOT my STANDARD!

Tidak janggal mendengar kata-kata ini di dalam drama. Tidak juga janggal mendengarnya daripada mulut-mulut mereka yang merasakan diri itu begitu tinggi nilai statusnya.

Tetapi, pada suatu petang yang suram...

Tina dan sepupu Em duduk menghadap meja makan. Em pula sekadar menyinggah di bahu kerusi kononya menemani sepupu makan. Tina merupakan adik Em yang berumur 10 tahun. Petang itu kami makan kuih dan cendol bersama-sama.

Isu yang dibincagkan pada petang itu ialah “boyfriend”. Si Tina ni bercerita tentang Azamuddin yang menghantar love letter melalui seorang kawan lain.

“Minta-mintalah Azam tak datang sekolah esok!” kata Tina.

“Kenapa?” Kata kami serentak.

“Dia bagi surat kat ____ (tak ingat nama) suruh dia ni hantar kepada Tina. Tahu tak dia tulis apa?”

“Apa?” kata sepupuku. Em sekadar diam.

Tina, kau ada suka sesiapa tak? Azam suka kau” <- Maklumat dari surat tersebut.

“Amboi, lepas tu kau cakap apa Tina?” tiba-tiba Em jadi excited.

“Dulu kau kata kau suka Anfal?” aku menyambung.

“Anfal? Itu dulu..”

“Em baru call Anfal tadi. Kesian dia, kecewa la dia” gurauan yang selalu Em katakan. Memang tak pernah ada nombor telefon dia pun.

“Dah tak suka dah. Sekarang suka dekat orang lain.”

“Siapa?”

“___ (nama tidak dapat didedahkan bagi menjaga imej beliau)“

“Habis, Anfal macam mana?”

“Hmm.. malaslah.. HE IS NOT MY STANDARD!

Terlopong kami seketika, saling memandang antara satu sama lain. Suasana sepi sehinggalah kami serentak menjerit “Hooooooooooooooooo!!!!!!”

Em cakap dengan sepupu Em.

“I am 22 years old and I never ever said that phrase to any man”

“Yes, maybe you will, later”

“I am surprised! This is what will happen if you feed them with a lot of Hollywood movies”

“I guess so, what to do? During our time, tak macam ini movie nya!”

Ya Allah, Subhanallah! Terkejut budak umur 10 tahun dah cakap benda yang tak wajarlah dikatakan oleh sesiapapun. Memanglah kita tak kisah dalam umur begini tapi children learn a lot from you, television and surrounding. So, watch out kalau cakap apa-apa ya. Kita tak mahu adik-adik atau anak-anak yang kecil ini belajar pekara yang tidak sepatutnya dan kita perlu membimbing mereka dengan contoh yang baik walaupun kita manusia yang sedia ada kekurangannya.

=) Emilia (2305, Mac 2, 2011)