Saturday, August 27, 2011

Tinggalkan mereka sendiri

Cerita artis sana-sini. Kita ni baik sangat ke? Gosip itu sana sini? Wajarkah? Hairanlah, kadang-kadang seseorang artis ini, kalau pergi tandas awam 20 sen pun orang kata, kalau pergi shopping kat Paris pun orang kata, kalau keluar minum di kedai mamak orang mengata, kalau makan kat hotel 5 bintang pun orang mengata. Kenapa cerita mereka perlu digembar-gemburkan? Tak cukup surat khabar mengupas kisah dari dalam kain sampai luar kain, dibincangkan pula secara meluas di forum-forum internet atau di tempat lain. Why can’t we just leave them alone? Mereka adalah manusia.

Sekiranya cerita kita ini untuk diambil pengajaran, itu baiklah. Tetapi, cerita yang sedikit, sampai orang yang ke 100 ceritanya berubah terus. Bila dapat komen artis tersebut kita cakap pula pada mereka, “kalau tiada angin masakan pokok bergoyang”. Yelah, entahkan orang yang ke 20 tu kentut, angin busuk dia membuatkan pokok bergoyang, anda tahu ke?

Leave them alone. Itu kerjaya mereka. Memang ada antara mereka yang suka publisiti, tetapi ramai dari mereka nak hidup seperti biasa.

Ingatlah! Kita cakap banyak-banyak mengenai satu-satu orang sekarang; jangan sampai di akhirat kelak, orang tersebut minta pahala kita, sehingga kita muflis di hadapan Allah SWT. Tak cukup pahala, dipindahkan pula DOSA orang tersebut pada kita. Allah… Adakah cukup ibadah kita untuk dibawa? Masihkah ada baki pahala kita sekiranya orang meminta-minta pahala kita. Kalau seorang tak apalah, kalau beribu yang kita kata, bagaimana?

Semalam tengok berita, ada insan yang enggan memberi komen pada kejadian buruk seseorang. Dah dia diam, biarlah. Yang mesti nak dicucuk-cucuk kenapa? Tak tanya kenapa dia diam? Sebab dia tak tahu. Dia tak nampak kejadian macam mana nak cakap?

Biarlah artis tu sendiri muhasabah diri sendiri. Kita pun muhasabah diri.

Artist (atau siapa-siapa yang lainnya) tu mungkin tak kenal kita, tapi di akhirat esok, dia akan datang. Buatlah umpatan, kejian, fitnah untuk dia, dia akan datang untuk menuntutnya. Hari itu, hari yang paling adil sekali untuk semua umat, anda mampu?????? Tanyalah diri kita, berapa amalan dah buat, berapa dosa sedang ditanggung, berapa dosa yang bakal datang tanpa sedikit anda melakukannya. Kalau asyik mengata, membuka cerita orang, kita kena ingat juga, ibadah kita belum tentu pahalanya untuk kita. Astaghfirullah…

=) Emilia (1326; August 28, 2011)

Monday, August 22, 2011

Hadiah perfume? Ada makna?

Perfume atau nama saintifiknya minyak wangi merupakan antara hadiah yang popular untuk diberikan kepada rakan taulan dan sebagainya especially bila kita pergi oversea atau hadiah kahwin dan juga hantaran. Maklumlah, senang bawa dan pelbagai senang dari sudut lain.

Maka terjadilah sebuah kisah oleh seorang wanita A, menceritakan kepada wanita B bahawa beliau menerima sebotol minyak wangi yang diberikan oleh rakannya yang terbang ke sebuah negara sejuk, baru-baru ini. Cewah, siap cerita kalau kat Malaysia berapa harganya mengikut sukatan tertentu. Maklumlah sebelum ni memang pakai odorono je kata bapa Em.

Tersebut kisah kedua pula bila wanita A ini naik kenderaan dengan wanita C. A dan C tak begitu mengenali tetapi keduanya mengenali B. Bila diturunkan sahaja C di tempat yang diminta; tutup pintu terus si C ni cakap; berikut adalah dialognya:

C: aku cakap sikit kau marah tak?

B: mende?

C: aku ni tak niat apa-apa, cuma aku rasa aku perlu beritahu ni.

B: ye, pemendenye?

C: kawan kau tadi (A) badan dia ada sikit bau tau.

B: yeke? Aku bertahun kawan dengan dia suma, mungkin aku dah lali atau aku ni sama-sama busuk kot.

C: tak ah..aku ni jenis sensitif bab-bab bau ni. Kau ok, tapi dia tu ada bau sedikit.

B: padanlahhh…

C: nape?

B: baru semalam kot dia kata dia dapat minyak wangi, kawan dia bagi katanya. Sebab tu jugak ke kau diam tadi?

C: aah..la..untungla dia dapat minyak wangi ek..

B: untung???

Cuba teka apa yang untung? Bukan untung sebab minyak wangi mahal dapat FREE tapi sebab kawan yang bagi minyak wangi itu secara indirect nak beritahu yang si A ni ada sikit bau badan.

Moral: Tak semua orang sampai hati memberi tahu seseorang bahawa beliau punya bau badan. Kadang-kadang kita perlu faham dari bahasa tubuh orang lain. Maklumlah, perkara ini sekiranya diceritakan secara terbuka akan memalukan tuan empunya badan. Untuk tidak membiarkan mana-mana pihak terasa, mungkin juga ini cara terbaik untuk “memberitahu”.

opened toilet  isolated on white

source: http://findicons.com/search/smelly

Ps: Tak semua pula yang beri perfume tu nak bagitau kita ni tak wangi. Untuk sesetengah kes je. Jadi, tak salah, kalau anda sudi membuka mulut untuk bertanya dengan yang lebih rapat atau keluarga. Biasanya, keluarga ni jujur terlebih. Macam keluarga Em lah.

=) Emilia (1530; Aug 22, 2011)

Friday, August 19, 2011

Dia sebenarnya memang ada dekat!


Dia sememangnya dekat. Pernah dahul
u dengar ustaz kata, Allah itu dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Wallahualam nak dirujuk ke mana ayat ni, sebab dah terlupa. Kalau salah, sila betulkan ya.

Em kalau rasa sedih, pi tekan komputer, selalu sangat Em tekan apa yang Em rasa dan terlalu selalu Em berjumpa dengan kisah yang menenagkan hati dan perasaan.

Tadi punya entri Em macam tak semangat je kan, Em tekan-tekan papan berhuruf ni, maka jumpalah artikel ini;


Semoga kita juga punya ketenagan itu.. Allah sayang kita, sebab itu Dia uji supaya kita sentiasa ingat, minta dan dekat dengan Dia.

Semoga si penulis artikel tersebut sentiasa diberi ketenagan kerana berjaya menenangkan hati Em. InsyaAllah.

..setenang air...


=) Emilia (0142; Aug 20, 2011)


=))

I beg you...

Mula la rasa kerdil, tersisih, kecil hati dan rasa yang tak patut ada masa-masa ni. Tulis lah blog..kesian blog ni..

I can’t run away from being envy to others. It’s not because I’m not thankful to things given to me by Allah, it’s just that; I am a normal person, to have normal feelings………….

I keep reminding myself;

“Sekiranya yang kita ingini itu tidak dijawab olehNya, itu tandanya ditunda atau diganti dengan yang lain.”

But still can’t run away from that feeling..oh “that feeling” go away! Please, I beg you, really beg you to go away..

Tiada kata yang mampu menghalaunya pergi..sehingga ada satu ketika aku benar-benar ingin bangun pagi tanpa aku tahu perkara itu pernah terjadi supaya aku tidak merasakan kesannya sekarang..

Allah…


source: http://all-free-download.com/free-icon/vista-icon/cry_face_4056.html

=) Emilia (0101; Aug 20, 2011)

Wednesday, August 17, 2011

Ilmu Ikhlas?


Ikhlas itu apa? Ikhlas itu datang dari mana? Ikhlas itu, benar-benarkah wujud dalam hati seorang insan bergelar Emilia?


Jawapan yang terlalu meragukan. Benar-benar meragukan. Jadi, bila jawapan itu meragukan setakat mana ibadah Em diterima Allah? Adakah cinta dan peluang Allah buat insan yang mungkin tidak pernah ikhlas ini?

Hati tidak pernah berhenti dari berbicara walaupun hal yang kecil atau sedikit. Walaupun di sudut luaran orang seperti mengatakan mereka nampak keikhlasan kita. Terus? Riak dipuji dan diangkat lebih menguasai berbanding kerja yang tidak seberapa itu.

Maka dalam pencarian ilmu ikhlas, maka Em berjumpa dengan dua artikel ini:

http://genta-rasa.com/2009/07/08/ilmu-ikhlas/

http://zid-zid.blogspot.com/2005/12/adakah-ilmu-ikhlas-itu.html

sebagai tambahan bacaan dan pernilaian;

http://genta-rasa.com/2011/07/05/relakan-perpisahan-itu-demi-cinta/

Ikhlas itu;

1) Rela

2) Tidak mengharapkan sebarang balasan

3) Tidak merungut

4) …dan apa sahaja boleh menjadi tafsiran mudah buat ikhlas

Tetapi semudah itu jugakah kita benar-benar ikhlas?

Tidak, tidak dan ilmu itu terlalu sukar untuk dipelajari.

Maka dalam salah satu artikel tersebut;

Sabda Rasulullah SAW :“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Credit to: http://genta-rasa.com/2011/07/05/relakan-perpisahan-itu-demi-cinta/

Di bulan Ramadhan serba indah ini; masih lagi hati kita dijentik. Terkadang pula, ketika solat tarawikh juga. Ini menghadap Allah sudah, masih lagi?

Hebat makhluk Allah bernama Iblis. Mendidik kita dengan ‘baik’; sungguhpun ketiadaannya, masih lagi sikap berprasangka ke atas orang lain itu ada. Sikap menunjuk itu ada. Sikap riak dan takkabur itu ada.

Lalu bagaimana? Peringatan buat diri sendiri juga;

Marilah kita sentiasa berzikir dan berselawat. Kita back to basic. Kita sentiasa ingat bahawa amalan kita belum cukup untuk menempah syurga. Kita sentiasa ingatkan diri setiap kali berprasangka, “rugilah buat pekerjaan ini kalau merungut sahaja, walaupun dalam hati. Rugi tenaga di dunia, rugi pula pahala buat timbangan akhirat”. Rela itu, rela dalam kata yang sebenar. Benar-benar rela. Kalaupun mengeluh kerana kerja terlalu berat atau membebankan, keluhlah pada Maha Mendengar. Kalaupun mahu mempertikai, biar dengan cara yang berhemat, agar tidak terkeluar dari niat sebenar dan keikhlasan itu sendiri. Ikhlas itu tidak boleh dipelajari begitu sahaja, tapi ikhlas itu ilmu yang perlu dididik dalam jiwa, dalam hati.

Kepada Emilia;

Buat hati yang sentiasa berbicara à relakanlah

Buat mulut yang sering merungut à berdoalah

Buat diri yang sentiasa mempertikai à berselawatlah

Buat lidah yang sering mengadu àberzikirlah

Buat jiwa yang sering mengeluh à bertakwalah

Semoga ada jalan buat kita untuk dicintaiNya. Kerana hanya cinta Dia yang kekal dan cinta Dia yang mampu membuatkan segenap makhluk Allah turut mencintai kita. Alangkah indah cinta nan Agung.


ps: ilmu ikhlas ini popular dalam drama bersiri dan filem "Kiamat Sudah Dekat". Tonton dan hayati bagaimana "Ikhlas" benar-benar boleh mendidik diri seseorang. InsyaAllah.

=) Emilia (1421; Aug 18, 2011)

Saturday, August 13, 2011

English oh English!

Ramai kata susah, apa yang susah? Memang susah kalau kita tak cuba cari yang senangnya.

Blog ini wajar dimanfaatkan dengan baik selain perkongsian rasa dan cerita.

Berbalik kepada cerita tadi, apa yang susah? Nak buat ayat ke, atau sebenarnya kita tak faham?

Kalau tak faham;

i) Perlu banyak membaca

ii) Rujuk thesaurus

iii) Rujuk kamus

iv) Luaskan pengetahuan penggunaan perkataan tertentu

Kalau susah nak buat ayat;

i) Back to basic, grammar

ii) GRAMMAR, GRAMMAR DAN GRAMMAR

Em sebelum ini pernah mengikuti kelas intensif untuk memperbaiki masalah grammar yang kronik ini, jadi kita kongsi ye ilmunya, kalau ada salah, jangan segan silu beritahu.

Mula-mula masuk kelas, pertama kali dalam hidup, Em rasa present tense tu susah. Jangan ketawa, kerana pada masa itu, Em berhasrat untuk bermula dari sifar.

Ada 12 tenses dalam peraturan grammar;

i) Simple present

ii) Present progressive aka present continuous

iii) Present perfect

iv) Present perfect progressive

v) Simple past

vi) Past progressive aka past continuous

vii) Past perfect

viii) Past perfect progressive

ix) Simple future

x) Future progressive aka future continuous

xi) Future perfect

xii) Future perfect progressive

Tercabut biji mata nak belajar kau! Ha, tapi ini kebenarannya.

Kita kupas satu persatu pada post akan datang.

p/s: pada Em, yang susah bukan rules, tetapi pengecualian kepada rules. Apa itu? Hehe..

=) Emilia (2336; Aug, 12, 2011)

Siapa punya tulang rusuk ni?

Ha..tulang siapa ni?

Setakat pembacaan dan penelitian, dunia "mereka" tidak menyimpang dari akhirat yang dicari, buat insan yang serba hina seperti aku, layakkah aku? bukan hanya untuk memiliki sekeping hati, tapi melengkapkan tulang rusuk kiri...
Biarlah Di Atas sana yang menentukan, semoga ada ruang jodoh yang bakal memimpin tangan ini ke dunia bahagia dan akhirat indah suatu hari nanti...aminnnnn...

boleh baca lagi kat blog si empunya gambar, insyaAllah sama-sama kongsi ilmu yang bermanfaat

kepada pemilik tulang rusuk di atas, sila tuntut tulang rusuk anda.
*sebelum tu, solat terawih dulu sayang... =)

=) Emilia (2111; Aug 13, 2011)

Friday, August 12, 2011

Bila kita tak sama macam orang

Abih tu sama macam apa..? Jawab sendiri..hehehe

Tersesat dalam mukabuku orang lain dan terpandang komen seseorang, dreams come true ye awak. many good things la this year. ....
*this one*, check.
*that one*, check.
*another one*, check.

I am happy to be one of her friends. How lucky she is..really lucky.. I envy her..May Allah bless her always.

For me;
*this one*
*that one*
*another one*
*this one*
*that one*
*another one*
*this one*
*that one*
*another one*

none of them even come close to me; NONE dear..
let me repeat, NONE..
shall I say; i dont achieve anything this entire year?
Yes, sadly, it is very true dear.. [UNCHECK]

Emilia (0021; Aug 13, 2011)
"Sabarlah..."

Thursday, August 11, 2011

Selesaikan hutang dengan berhutang?

Ramai orang pelik, "aku ni nak selesaikan hutang, bukan menambah hutang"

Kerana dek terbaca beberapa article bagaimana sepasang suami isteri menyelesaikan hutang berpuluh ribu dalam masa 10bulan.

Rata-rata komen yang diberikan begitu sarcastic hanya kerana ada satu point;
kami menyelesaikan hutang dengan mengambil loan untuk menutup bayaran kad kredit dan beberapa pembiayaan lain.

Mula-mula, Em bersetuju juga, bila nak habis hutang? Sekadar tutup hutang dengan hutang..

Tuttt! Terbaca buku Azizi Ali; secara indirect beliau ada juga suggest jalan penyelesaian yang sama. Baca detail lagi, lagi dan lagi..

Rupanya dia suruh kita switch hutang yang tinggi interestnya kepada yang lebih rendah, dengan itu kita jimat wang.

Tak percaya? Ok, pergi cari rakan-rakan yang ada kad kredit, pastikan beliau membuat bayaran minimum atau di bawah paras minimum, kemudian, minta penyata mereka dan saksikan bagaimana bank membuat duit dengan menggunakan duit anda. Em pernah lihat dengan mata kepala Em sendiri.

Yang lain-lain tu sila baca sendiri dari buku beliau kalau sekiranya anda punya banyak hutanglah...

Apa yang pasangan suami isteri tu lakukan, walaupun dikritik dengan meluas oleh pembaca article tersebut, mereka bebas hutang...anda bagaimana?

=) Emilia (2330; Aug 12, 2011)

Dhuha dan hutang, ada kaitan?

Dhuha, solat yang dilakukan dan merupakan asset bagi seseorang yang sentiasa mencari Allah dalam permohonan penambahan rezeki di samping usaha yang dilakukan.

Manusia biasa selalu menafsirkan rezeki adalah wang, wang, wang dan kekayaan.
Em cuba berjinak-jinak dengan Encik Dhuha. Ternyata ia tidak mengecewakan. Walaupun tidak besar, cuma mungkin sekadar air kotak dan sedikit refreshment ketika kerja, tetapi; ia juga rezeki bukan?

Dalam kekalutan bapa Em bergelut dengan hutang; Allah tunjukkan pintu untuk jalan keluar, moga jalan yang dipilih ini, selesai dengan baik, InsyaAllah!

=) Emilia (1054; Aug 12, 2011)

I am surprisingly popular!

Maka terwujudlah 2 keadaan berbeza apabila datang 2 manusia berlainan latar belakang tetapi bertanya soalan yang sama;

“Em, dengar cerita haritu dah pegi obersii?”

“Hah???!” <- nada konon-kononnya tak tahu menahu lah tu

“Ish, siapa yang cerita ni?” menambah sambil mencungkil

Tiada jawapan dari kedua-dua pihak, seperti yang dijangkakan..

Malam tadi, terkeluarlah statement perasan “Wow! Wow! I am surprisingly popular!”

Begitulah malam Ramadhan ke-11 berakhir dengan baik!

Walaupun biarlah manusia bermulut tempayan terus bercerita, anda menjadikan saya popular sebenarnya, terima kasih! =)

=) Emilia (1044; Aug 8, 2011)