Tuesday, November 23, 2010

Date lagi??

Rancangan hari ini adalah keluar dengan seorang rakan yang sama-sama pernah bekerja di salah sebuah fastfood outlet yang terkenal. Janji jam 1300 tapi teman ni kena pergi ofis lah pulak, katanya buat submission kalau tak gaji tak masuk. So, tup-tup jam 1505, Emilia tiba di shopping mall yang dijanjikan.

Disebabkan kami datang berasingan, Emilia pergi makan di salah sebuah restoran jepun. Order. Tunggu. Order tiba. Tunggu. Makan. Tunggu. Minum. Tunggu. Bayar. Keluar kedai. Tunggu.

“Aik, lama benar ha!”

Maka SMS pun ditaip,

kat mana?biar saya yang cari. Stay put =)”

Dengan confident dia balas,

dah nampak awak dah”

Dari SMS terakhir, ambil masa jugak sebelum kami bertemu.

Jadi, pergi ATM, cucuk duit (istilah terkenal di Malaya), kami terus ke pusat boling.Ada perbalahan mengenai jumlah round. Teman prefer 1 round saya nak 2 rounds. Mungkin Emilia terbiasa dengan rakan lain sebelum ini dengan dua rounds.

Emilia tak suka buat keputusan tapi duit tak keluar, so, bowling ni kira on my treat lah!

1st game winner : Emilia

2nd game winner: Teman

Puas lah kena usik sebab kalah. Dia tanya ada bawa tisu tak, nak pergi ms tan untuk menangis ke dan sebagainya.

Kami menunaikan solat asar (gara-gara semalam Emilia terlepas, hari ini lebih alert!)

Cadangan seterusnya nak tonton wayang. Suasana hari isnin sangat berbeza. Lengang. Maka showtime kebanyakannya sebelah malam. Teman beli tiket wayang untuk tayangan jam 2005. Judul cerita: Unstopable.

Tapi, kami ada hampir 3 jam dari sekarang sebelum masa tayangan. Nak buat apa ini?

Teringat kami ada tempat memanah semasa bypass kedai-kedai tadi. Apa lagi, ada percubaan 3 arrows seorang, kami cuba. Owh! Tidak mengecewakan. Emilia punya arrows semua dalam kawasan yang moderate. Teman pun sama cuma satu arrow je tersasar jauh.

Kemudian, kami mencari tempat untuk refreshment. Maka, sebuah lagi restaurant terkemuka di Malaysia kami cuba. Jujur Emilia beritahu, walaupun tempat ni popular, Emilia tak pernah cuba. Jadi Emilia beritahu teman mudah-mudahan dia bantu dalam memilih menu.

Dia tenung Emilia sambil tersenyum.

“Sebenarnya, saya pun tak pernah juga....”

“Laaa.....macam tu kita hentam soprano jelah!”

Punya lama berdiri kat cashier, rupanya order tempat lain pula. Malu lah sambil ketawa terkekeh-kekeh. Bila tengok menu pula, Allah, ni apa benda ni? Tak faham. Bukan main international sekali namanya!

Terkulat-kulat kami tengok cara orang lain order. Betullah, letaklah makanan jenis apa pun di Malaysia ni, asalkan dagingnya tak diragui, sungguh, mesti ada segenap rakyat Malaysia yang akan mencubanya. Tak perlu risau sekiranya berkecimpung dalam industri makanan di negara ini. Yang penting cuma ‘halalan toyyiban’ (halal lagi bersih)

Tak dinafikan bahawa ramai akan berkunjung ke tempat ini selepas kunjungan pertama. Sedap, boleh dikatakan makanan sihat.

Kami bergegas untuk solat maghrib. Jam ketika itu, 1945. Aduh! Lengah lagi! Tayangan dalam 20minit je lagi ni. Punya jauh kami jalan, rupanya dah ¾ shopping mall tu kami pusing nak cari surau, padahal tadi dekat je.

So, selepas solat, kami seperti mereka yang ketinggalan keretapi (main mode of transport di dalam cerita UNSTOPABLE) bergegas ke dewan tayangan. Emilia tak suka menonton tanpa ada air mineral untuk membasahkan tekak tatkala tayangan tiba ke bahagian jeda sebelum memasuki scene seterusnya. Sep baik! Desis hati Emilia! Ada air mineral dijual di hallway wayang. Selesai membeli, nak jumpa ms tan lagi! Teman punya muka, dah berkerut-kerut! Maklumlah, sesen pun harga dibayar untuk tayangan tak mahu dibazirkan.

Usai urusan, kami masuk ke dewan tayangan 5. Amboi, gelap. Sampai row S, seat kami tengah-tengah..Emilia minta maaf tapi orang tu pandang macam Emilia ni alien, warna hijau dan tak ada hidung. Marah lagaknya! Ah! Lantak la. Itulah berangan, plastik kasut yang Emilia beli tadi terlanggar kepala orang depan.

Yang kelakarnya, reaksi dia sama seperti encik alien tadi. Apa lagi, kitakan rakyat Malaysia, maka cepat-cepat Emilia minta maaf. Heee.... “Maaflah, nak buat macam mana, satu pandang macam nak makan, satu lagi macam copy paste apa yang orang ni buat...” monolog dalaman.

Seat tak selesa sebab dua-dua di sebelah Emilia duduk macam arm rest tu mereka punya. Naik lenguh berpeluk tubuh sepanjang cerita. Keluar dari panggung, jam dah menunjukkan jam 2200. So, Emilia hantar teman berhampiran lif kawasan parkirnya.

Kami berpisah dengan ucapan terima kasih Emilia walaupun teman buat pengakuan yang dia tidur pada sejam pertama tayangan.

Lif penuh sahaja! Jadi terpaksa naik lif yang ke tingkat bawah dahulu sebelum naik semula ke parking level.

Kisah di dalam lif pula. Emilia seorang sahaja berlainan bangsa dan agama di dalam lif tu. Tapi tak pernah rasa unsecured. Emilia rasa bertuah lahir di bumi yang berbilang bangsa dan agama. Kita selesa ke mana sahaja. Semua ada sifat membantu dan prihatin.

Ada seorang wanita berdiri berhampiran punat lif. Dia pula tersalah tekan. Punat yang ditekan adalah emergency button. Di sebelah sana, Emilia agak, maintenance kelam kabut la membuat panggilan di dalam lif.

“Cik, semuanya baik di sana?” kata suara lelaki.

“Ha?” kata wanita tersebut.

“Ok tak dalam lif tu? Ada masalah tak?”

“Owh, lif ke? Tak, lif ok!”

Satu lif ketawa. Tanpa sedar, encik maintenance tadi lupa mematikan intercom.

Jadi, hilai tawa kami ni, dia dengarlah.

Dan... Di sebelah sana, tanpa sedar dia berkata,”

“Eh, boleh salah tekan pulak diorang. Main-main. Ingat betul. Nak pergi mana tekan butang emergency?”

Bunyi intercom dimatikan kedengaran.

Satu lif semakin galak ketawa.

Turun di tingkat di mana kereta diparkir, cepat-cepat mengunci kenderaan, bimbang nasib tak menyebelahi. Perlahan-lahan menyusuri jalan pulang dan singgah bertemu rakan di kediamannya untuk mengambil nota yang telah dipinjamkan kelmarin.

Kami bersembang di hadapan pagar sambil merencana hari esok. Dia meminta pertolongan, yang itu esok Emilia cerita. Jadi, Emilia tiba di rumah jam 2230.

Menelefon seorang kawan dan kami bersembang hampir 1 jam dan Emilia yang semangat dengan blog baru ini, terus menulis entri ini. Sungguhpun lambat di pos, tapi Emilia tulis pada masa yang dinyatakan di bawah.

Terima kasih teman yang pada hari ini tidak menimbulkan kekesalan di hati kerana tak lepas solat. Dan, terima kasih kerana menjadi sahabat yang mengukir satu lagi hari indah untuk dikenang kemudian hari. Seronok, teruja dan bersyukur ke atas Ilahi kerana menemukan jodoh untuk kita bertemu setelah setahun menghilang.

=) Emilia (wrote - 0107, Nov 09, 2010).

No comments:

Post a Comment