Monday, April 11, 2011

Happy Birthday, Emilia!

Hari ini hari jadi saya. Seronok dapat menulis entri ini sebab pertama kali dalam hidup saya tulis entri untuk hari jadi sendiri.


22 tahun dah berlalu..


Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang untuk aku terus berjalan dan menapak di bumi ini.


Terima kasih ya Rahman kerana memberi ruang kepada paru-paru ini untuk terus melakukan pekerjaannya untuk terus mengekalkan nyawaku.


Terima kasih wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kerana memberi aku kelebihan untuk merasai hari yang sama tatkala aku dilahirkan.


Hari ini tidak semeriah dahulu. Aku sering dapat SMS berlambak-lambak untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi tapi tidak tahun ini..ia lebih tenang.


1:Young


2:Emily


3:Ida n anin


Top three ini semua ucap before 12th April 2011


Siapakah yang mengucapkannya pada 12 April 2011?


Ads4Bucks =) Tahniah!



Itu sahaja ucapan untukku setakat ini.


Aku tidak mengharapkan ucapan tapi mengharapkan doa yang berpanjangan dari sahabat handai.


Aku bangga kerana telah mengosongkan inbox aku setelah 2 tahun aku serba salah nak delete.



Ya Tuhan, satu perkara yang aku benar takutkan pada ketika hari lahirku adalah kematian. Berilah aku peluang untuk berbakti buat kedua ibu bapaku dengan menunaikan hasrat mereka melihat aku lebih tinggi dari puncak menara gading. Berikan aku peluang untuk bersama mereka meringankan beban mereka. Beri aku ruang sekurang-kurangnya kematianku tidak menyukarkan mereka dan diriku sendiri tatkala aku menjawab pertanyaan-pertanyaan itu. Biarkan tiada sekelumit pun di hati ini bahawa aku meraguiMu. Kekalkanlah iman yang serba nipis, serba goyah ini di dalam hatiku. Benarkan aku memperkuatkannya sebelum aku menghadapMu.


Wahai mak dan ayah,


Sayang kamu, hari ini tidak akan disambut tanpa kamu. Terima kasih untuk nyawa ini, terima kasih untuk kasih sayang ini dan terima kasih untuk susunan aturan hidupku. Aku tidak mampu mempermudah beban kamu atas tanggungjawabmu terhadap ku, terima kasih tidak pernah memadai tapi halalkan segala makan minum dan wang yang diberikan. Halalkan susu dan kasih sayang serta belaian manja. Halalkan suara aku ketika memanggilmu dan ampunkan aku atas kemarahan dan herdikan yang aku lemparkan sekiranya ada. Yang mana tersangkut di hati aku mohon keampunan dan keredhaan kerana hanya itu jalan untuk aku diredhai DIA...


Wahai diri sendiri,


Apa nak buat 22 tahun dah? Carilah yang terbaik untuk diri sendiri. Displinkan diri, ubah diri dan cantikkan akhlak. Minta dari Dia agar doa ini dikabulkan..


Wahai insan yang pernah aku sayangi,


Demi Allah aku tidak pernah menipu diri ini bahawa aku sentiasa menunggu kepulangan kamu. Demi Allah aku tidak pernah berhenti memikirkan kamu. Demi Allah aku juga tidak pernah berhenti mencari kamu di dalam liku hidupku. Wahai sayang, aku percaya sekiranya kau adalah untukku, maka kau akan kembali. Aku hanya ingin menjadi wanita yang baik supaya aku dapat lelaki yang baik. Aku doakan yang terbaik buatmu dan berbahagialah bersama pasanganmu. Sungguh tidak pernah terdetik sedikit pun untuk merampas apa yang kalian miliki dan ampunkan aku kerana mengharapkan kamu. Aku hanya manusia biasa yang meminjam cinta dari DIA..


=) Emilia (0129. April 12, 2011)