Saturday, December 11, 2010

Isu Hangat Britain!

Apabila Emilia baca article ini http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20101209/twl-britain-politics-university-0ccf4b6.html masa tu perasaan Emilia tak tahu nak letak di mana.

Sekarang ini, kerajaan British meluluskan kenaikan yuran kepada lebih kurang 200% untuk pelajar tempatan.

Hah! Kesian! Visa bagi pelajar Malaysia pula susah diperolehi berikutan ramai yang menyembah bumi Britain tersebut untuk mencari rezeki dan tak reti-reti nak balik.

Silap kau jugak Mr Britain. Kau jajah negara orang dan menjadikan negara kau seperti lubuk emas. Maka, dalam pepatah kami orang Melayu, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Dah tentulah kami ini nak menadah emas dan pulang menukar batu tu jadi emas di negara sendiri. Lepas tu? Nah! Amik kau! Sampai ada orang besar dari negara lain datang negara kau dan kata mereka tak suka datang ke tempat kau sebab tak pasti siapa warga Britain sebenarnya.

Ini sekadar pendapat peribadi dan diambil dari kenalan saya. Maaflah, identiti dirahsiakan. Tapi apa yang penting, katanya, rakyat mereka taklah pandai-pandai belaka. Mereka ni malas jugalah dalam bab belajar. Maaflah, bukan semua ya! Tetapi ada juga sumber mengatakan yang mereka ini punya expertise seperti pakar computer dan lain-lain adalah orang luar. Nah! Apa maksudnya tu? Canggih sangat sampai tak tercater dah teknologi mainan sendiri ke? Habis tu, nak cover la kononnya orang luar meminta-minta?

British ini katanya, dahulunya memudahkan proses visa kerana nak orang datang ke negara dia dan belajar maka dari situlah antara pendapatan terbesar sebab yuran pelajar antarabangsa jauh lebih mahal dan hampir setiap tahun revised. Tapi tak tahulah kan, mungkin kerajaan British salah percaturan. Eh, mahal mana pun rakyat Malaysia ini khasnya, tetap bertandang ke negara itu. Yang diterima bekerja pun semakin ramai.

Kenapa ya, majikan mereka tak benarkan mereka pulang? Dan kenapa ya, mereka yang datang ke sana tak nak pulang? Sebab..... matawang.. banyak mana pun mereka dapat hasil di Malaysia ini, Britian tetap negara yang memberikan pulangan besar kepada individu tertentu sebab setakat ini, matawang tersebutlah yang paling mahal.

Dah tu? Yang kau sulitkan visa kami nak datang ni kenapa? Duit kami juga kamu nak ambil. Dulu jajah kami, datang ke negara ini dan sanggup apa pun asal kami ini memberi sumber kepada kamu. Sekarang ini, kamu pula yang ajak kami datang dan bagi duit. Jadi, mengapa sukarkan kami? Anda suka dengan harta kami. Pelajar yang hebat, pekerja yang berdaya saing dan tentunya income kerajaan anda tidak akan berkurangan berikutan kedatangan kami berduyun-duyun ni!

Kalaulah setiap pelajar medic ditaja RM 1 juta oleh kerajaan, dan katalah pelajar medic ada satu seratus orang. Tak ke RM100juta (convert dalam GBP ialah £20,000,000 tau!) dah mereka dapat macam itu aja dari negara luar?? Emilia tak rasa pelajar medic sahaja seratus orang di negara tersebut dan Emilia juga tak rasa yang RM1juta je seorang.

Itulah, Tuhan jadikan bumi ini dan banyak perkara ada pro dan kontranya. Sebab sesungguhnya, hanya Dia yang sempurna.

Bila Emilia minta belajar di sana, kau bagi nonsense reasons why I can’t further my study there. But, remember GB, you need people like me! I’ve paid everything to you and you simply rejected me due to stupid reason even my intention is only to learn something good from you. To make you a good example in transportation field in my country. Then, why you offer us to study there if you think you cannot accept us? Don’t you think you are stupid? Yes, you are!

Lain pula ceritanya dengan attitude pelajar Malaysia yang tak mahu pulang gara-gara nak anak dapat sambung study di negara orang. Murah katanya. Emilia punya yuran yang dah habis bayar £8500, di sana pula maximum £9000, baik balik..jimat duit dan harmoni di Malaysia ini. Kalau dah lebih kurang sama je, baik balik. Tak rindu ke Malaysia ini dan makanannya? Ingat, setiap orang ahli keluarga anda menutup peluang orang lain untuk belajar. Masa anda datang dan susah dahulu, sama je orang lain susahnya sekarang. Mengapa tidak bantu orang bila susah. Kalaupun masa itu tiada yang membantu anda, kenapa tidak memulakannya? Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Pas baton la! Kot ye pun sekadar cikgu di sana puji anak anda bla3 macam kenalan saya seorang di sana, cikgu sini tak puji, tak kan itu alasan nak stay kat bumi itu?

Beginilah guru di negara dilanda ribut salji baru-baru ini menulis dalam laporan murid kata kenalan saya tu:

Sipulan sangat baik dan dihormati di kalangan rakannya. Dia mampu menjadi seorang ketua yang baik sungguhpun kadangkala dia mengikuti rakannya. Sikapnya yang suka bertanya dan berkongsi apa yang dibacanya membuat kami suka mendengar. Seorang pelajar yang rajin dan cemerlang ini akan menjadikan dia sesorang suatu hari nanti.

Begini pula guru di Malaysia tulis dalam report card Emilia:

Tahniah! Teruskan usaha!

Banyakkan usaha!

Teruskan usaha anda ke arah kecemerlangan!

Tingkatkan usaha anda. Jangan putus asa!

Perkuatkan usaha anda agar lebih baik lagi!

Perlu berusaha dengan lebih tekun lagi!

Tahniah! Selamat maju jaya!

Guru Malaysia kenalah rajin sedikit buat self-observation. Ye, tau! Kerja kamu banyak sampai papan belakang kelas pun kena ambil berat. Tapi memang benar pun, bila dapat buku rekod, kata-kata guru itu penting sebenarnya. Pelajar rasa dihargai dan mereka kena tahu yang mereka diperhatikan. Abaikan bila pelajar kurang ajar, ilmu dia juga tak berkat. Tapi bukan semua begitu kan? Emilia ada seorang guru yang begini. Belajar di Malaysia tau! Dia pun sibuk meeting ke sana ke mari tapi tiap-tiap seorang dari kami akan ditulis dengan baik dalam buku rekodnya. Bangga tau dapat guru begini. Jadi, Emilia seru guru-guru Malaysia, buat macam ni sebab nanti ramai bawak anak lari gi Britain.

Bergiat secara aktif dalam kokurikulum, pelbagai jawatan di dalam unit beruniform, persatuan dan kelab. Seorang pelajar yang dedikasi. Anda ada potensi untuk berjaya dengan melipat gandakan usaha. Teruskan kerajinan dan kesungguhan usaha anda. Kejayaan pasti diperolehi. InsyaAllah.

Cikgu yang tulis macam ini, Emilia tak akan lupa sampai mati sebab guru lain cuma tulis ayat-ayat klise yang pendek-pendek di atas. Masa cikgu ni tulis macam ini, Emilia fail 2subjek, dan tak kredit satu subjek. Bila belajar diploma, bangga tau cikgu tulis macam itu. Ya! Emilia excellent dalam diploma. CGPA terbaik adalah 3.92. Siapa sangka tulisan yang lebih sedikit dari “teruskan usaha anda” membawa perubahan yang besar kepada anak murid anda? Semoga ALLAH merahmati dan melindungi CIKGU MASURAH KHAMIS! Mungkin tak ramai pelajar seperti Emilia tapi pelajar seperti ini tidak akan lupa mendoakan gurunya. InsyaAllah!

Untuk pelajar tempatan negara tersebut:

Teruslah berjuang untuk hak anda. Kami di Malaysia ni pun yuran mahal kecuali universiti awam je yang lebih murah. Asalkan semangat belajar anda masih ada, maka sebaiknya fight for it. Tapi apa nak di kata, semua benda pun mahal dah dunia ni. Kencing pun kena bayar 50sen dah kat sini. Pakai air tak sampai sebaldi pun basuh kencing tu.

Untuk pelajar Malaysia khasnya:

Sudah belajar, pulanglah! Beri peluang pelajar lain seperti Emilia untuk melihat bumi luar. Ya! Tidak lumayan seperti yang anda harapkan, tetapi sekiranya anda pergi dengan wang cukai yang kami bayar, pulanglah. Bayar apa yang anda dapat kepada anak-anak lain di bumi Malaysia ini. Tak salah berbuat demikian. Sesudah dirasakan terbayar, kemudian pergilah mencari rezeki kembali di tempat itu, jika sukar kata anda ,begitu juga sukar rakyat Malaysia yang lain bekerja membayar scholarship anda. Yang membayar itu tidak kenal anda tapi wajarlah berterima kasih. Percayalah, ketika Emilia memohon visa, officer ada beritahu, terlalu ramai pelajar Malaysia di sana yang tidak mahu pulang, berikutan itu, ada visa yang direfused dengan alasan bodoh sebab quota. Sekiranya anda berada di tempat Emilia yang tidak mempunyai sebarang tajaan ini, anda akan berasa sebak melihat ibu yang menangis di hadapan pintu Kedutaan British di Kuala Lumpur kerana visa anaknya refused! Oh! Tidak! Anda tidak peduli kan? Kerana yang menangis itu bukan ibu anda!

Untuk Kerajaan British:

Kalau rasa naikkan yuran itu memotivasikan pelajar anda sendiri untuk belajar, tahniah! Saya sokong. Tapi kalau membuat rakyat kau seperti minta sedekah di bumi sendiri, bagus jugak. Dulu sedap je pijak orang. Kaya kau tu pun hasil orang kan? Elok juga visa mereka-mereka yang terlanjut tu kau bar je dari masuk negara kau. Ape tu? 10 years refusal? Elok benar. Biar orang macam Emilia ini dapat baton kemudian menimba ilmu di tempat kau pula. Lepas tu, Emilia tolong bangsa Emilia sendiri. What goes around comes around. Korang jugak yang keluarkan peribahasa ini kan. Dah tak mampu ditelan atau diluah ke? Dulu pun kami kena macam itu juga, apa salahnya rasa perit???

Untuk Malaysia, tahniah anda keluar dari belenggu penjajah selama 53 tahun ini. Sayang kamu! Akan kami timba ilmu walau ke negeri mana pun untuk dikembalikan maruah yang dipijak-pijak oleh penjajah dahulu! Ini namanya perjuangan alaf baru!

Apapun, Emilia puas. Kerana Allah beri dah sebab kenapa Emilia tidak belajar di bumi itu, malah mungkin rezeki di tempat lain. Alhamdulillah ya Allah! Aku meredhainya!

=) Emilia (0913, Dec 12, 2010)

Duhai diri, mengertilah...

Kata Imam Al Ghazali:

Ketika aku memohon kekuatan, Allah memberikan aku kesulitan (sehingga aku kuat),

Ketika aku memohon kebijaksanaan, Allah memberikan aku masalah (untuk aku selesaikan),

Ketika aku memohon kesejahteraan, Allah memberikan aku akal (untuk berfikir),

Ketika aku memohon keberanian, Allah memberikan aku bahaya (untuk aku atasi),

Ketika aku memerlukan cinta, Allah memberikan aku orang bermasalah (untuk aku bantu),

Ketika aku memohon bantuan, Allah berikan aku kesempatan,

Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta, aku sentiasa menerima apa yang aku perlukan.

Kita selalu bertanya mengapa kita tidak menerima sesuatu yang kita mahukan, sesungguhnya Allah mengetahui setiap apa yang kita perlukan.

Tetapi berdoalah memohon bantuan dan perkenan, semoga Allah mewujudkan kesempatan kepada kita. Pada ketika itu, InsyaAllah, Dia akan memperkenan, walaupun cukup sekadar apa yang kita perlukan. Perkenannya sesuai dengan kekuatan dan kemampuan kita, sesuai dengan kebijaksanaan akal kita, sesuai dengan keberanian kita, dan sesuai dengan hati kita. Bersyukurlah, kerana kita tidak mungkin tahu sekiranya Dia memberi lebih dari itu, kita menjadi alpa, kita menjadi lemah, akal sulit untuk berfikir dan menagih bantuan orang mengasihani. Dia Lebih Tahu.....

=) Emilia (1733, Dec 11, 2010)

What I wish to do?

Emilia sentiasa berfikir, bahawa Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan. Oleh itu, Allah telah memakbulkan permintaan Emilia. Pun begitu dengan cara yang Emilia harapkan, tetapi Emilia tetap suka dan bersyukur. Berikut adalah cadangan Emilia setiap kali Emilia berharap diberikan ‘rehat’ yang benar-benar mencukupi.

1. Akan aku dalami ilmu pengajian pengangkutan sehingga aku betul-betul faham sebelum memasuki alam pengajian semula.

Hanya itu. Tetapi ada pertambahan untuk diri Emilia memajukan diri.

1. Memperbetulkan bacaan Al-Quran.

2. Menghormati diri sendiri dalam pengurusan diri dan masa.

Selebihnya, Emilia inginkan proses menghalau stress.

1. Bersenam

2. Berbekam

3. Mengawal makanan

Semoga Emilia berjaya melakukannya.

=) Emila (1638, Dec 11, 2010)

Saat waktu itu berhenti buatku...

Perjalanan hidup kadang-kadang menyesakkan. Sehingga kadang-kadang kita berhenti dari berlari mengikut putaran masa dan berfikir. Eh, untuk apakah ini semua? Adakah perlu kita melakukan ini semua dan apakah benar semua ini memberi kita sesuatu pada suatu hari nanti?

Maka tatkala itu, masa pun berputar meninggalkan insan kecil yang berfikir seperti itu. Pada waktu itu juga, ketika insan kecil itu sibuk mencari, dia melihat, ah semua orang berjaya, semua orang di hadapannya. Aku juga dulu di kalangan mereka, aku juga dulu lebih jauh di hadapan mereka, mengapa kini di saat, pada waktu aku benar-benar di persimpangan hidup, mengapa aku seolah-olah jauh dari itu untuk mengapai kejayaan seperti mereka.

Bukan nasib yang aku kenang, bukan tuah dan bencana yang aku maksudkan, tetapi ke mana pergi kekuatan di dalam diri ini untuk menyambung umur di dalam lautan kehidupan yang tidak dapat aku pastikan laluannya?

Ya Allah, saat rakan-rakan ku semakin hampir memburu kejayaan, saat mereka semakin hampir dengan simpang kehidupan sebenar, aku masih terkulat-kulat dengan menghitung nasibku sendiri. Ya Allah, Kau tidak menjadikan aku insan yang kurang cerdiknya, malah Kau menjadikan aku tempat rujukan mereka selalu. Aku tidak pernah sekalipun menyatakan keputusan aku ini salah, jauh sekali meraguinya. Tapi Ya Rahman, aku juga punya perasaan seperti insan lain yang Kau ciptakan. Tatkala aku melihat soalan-soalan yang dikeluarkan untuk peperiksaan akhir mereka, aku benar-benar terkedu. Sekiranya aku berada di situ, tentu sekali aku seperti dulu, berusaha menjawabnya dengan baik malah mungkin kini saat mereka menyemak keputusan, aku mungkin berada sama tinggi dengan mereka yang benar-benar berjaya. Tapi siapa aku untuk menentukan semua itu? Ya, adakah benar bila aku berada di situ aku benar-benar akan berjaya? Adakah benar soalan yang ku kata mudah itu menentukan aku separas dengan mereka yang hebat?

Ya Tuhan Sekalian Alam, Kau mendengar hati kecil ini. Kau mengetahui segala yang terkandung di dalamnya. Aku tahu, aku sentiasa lalai dalam meletakkan kau sebagai nombor satu di hati ku. Tapi, aku juga hambaMu kan? Aku juga dijadikan penuh dengan kelemahan untuk aku sentiasa bersyukur kepadaMu kan? Walaupun sebenarnya aku lalai.. Aku juga hanya seperti mereka yang lain kan? Memerlukan bantuan mu...

Wahai Tuhan yang hanya berhak menentukan segalanya. Aku semampu kudratku berusaha mencari jalan yang terbaik untuk diriku. Kau pernah menggerakkan hati kecil ini untuk berbuat keputusan seperti itu, maka aku mohon dengan sebenar-benar permohonan supaya kau menunjukkan arah perjalanan untuk aku tempuhi. Terimalah aku, untuk menyambung pengajianku di tempat yang telah aku pohon. Jadikan doa ini benar-benar makbul. Begitu kecil permintaanku ini wahai Tuhan yang menentukan segalanya. Kau memberi akal ini tatkala aku berfikir dan ketika aku berusaha menemukan jawapannya. Tidak satu pun milikku ya Tuhan yang Maha Cerdik. Ketika aku berkeputusan itu, Kau memberi kekuatannya. Tatkala aku diletakkan dalam penantian ini, aku juga memohon kepadaMu sedikit kekuatan dan tatkala masa itu tiba, aku memohon kepadaMu sedikit keberkatan atas usahaku yang dahulu. Sesungguhnya, Kau melihat usahaku dan berkatilah. Aku juga akan mengajar hati ini supaya tidak menyesal, akan aku ajar hati ini supaya redha dengan diriku saat ini. Sesungguhnya, Kau mengetahui apa yang aku perlukan. Ya Tuhan, bulan berganti bulan aku hanya menetap di rumah, hanya sedikit pekerjaan yang aku lakukan. Aku tidak mahu hidup aku disia-siakan. Aku hanya ingin berbakti buat dua orang tuaku. Aku tidak betah di sini, aku sering bersikap kurang ajar dengan mereka, meninggi suara saat aku wajar berbicara lembut, mengingkari perintah mereka saat aku kalut, pergi saat kata-kata mereka perlu untuk aku sambut.

Aku memilih untuk tidak di sini bersama mereka, kerana aku ingin mencari ilmu dengan keberkatan. Biarlah aku jauh dari mereka, kerana saat itu aku akan menghormati dan merindui mereka. Saat itu, benar-benar nasihat mereka menjadi panduan dalam hidupku. Saat itu, aku belajar kesusahan hidup tanpa mereka di sisi. Biarlah Tuhan, biar aku pergi jauh untuk menuntut ilmu, kerana kirannya aku di sini, di hadapan mata mereka, begitu sekali catatan dosaku melambung tinggi. Ya Allah, aku menuntut ilmu kerana kewjibanku. Bagaimana mungkin ilmu itu diberkati olehMu sekiranya aku ini dikatakan tidak mentaati kedua ibu bapanya? Bagaimana mungkin aku selesa belajar dengan bergelumang dosa yang belum tentu diampunkan oleh Mu tanpa diampunkan oleh mereka? Bagaimana mungkin aku boleh jadi anak yang solehah saat ibu bapaku aku ‘tindas’ dengan setiap kata-kata sinis yang mencarik hati mereka? Bagaimana mungkin ilmu itu panduan hidupku akan datang tatkala mendapatnya aku tidak lari dari bergelumang dengan dosa? Aku tidak mampu ya Allah. Aku tidak betah. Aku tidak mampu berkeadaan begini. Aku memohon pertolonganMu. Aku memohon dengan sebenar-benar permohonan. Sekiranya ada sebab lain yang Kau tahu, ada sebab lain aku membawa diri, maka itu hanyalah sekadar aku sebagai manusia biasa. Tetapi yang utama saat ini adalah ibu bapaku. Tak berapa umur lagi aku boleh melihat jasad mereka dilitupi roh. Aku tidak tahu berapa lama lagi yang dapat aku bersama mereka. Aku tidak tahu saat bila Kau akan menjemput mereka. Aku juga tidak tahu siapa yang Kau pilih dahulu antara kami. Maka, salahkah sekiranya aku mengambil kesempatan yang ada untuk aku berbakti? Berbakti bukan sekadar menuntut ilmu tetapi berbakti dengan mendamaikan hati mereka dari sikapku. Salahku dan perilakuku. Apakah tiada ruang untuk anak seperti aku berbakti buat mereka? Apakah tiada ruang sedikitpun buat aku agar aku menjadi anak yang baik? Apakah tidak ada ruang untukku saat aku merasakan aku insan pertama dalam keluarga ini yang diharapkan untuk berjaya. Ya Tuhan, Kau mengetahui, saat aku menerima skrol diploma, akulah yang pertama ibu menghadirinya. Akulah yang pertama menghabiskan pengajian dengan baik. Akulah yang berjaya membanggakannya. Tapi adakah aku mampu untuk terus membanggakannya dengan sikap aku seperti ini? Maka ya Tuhan, kau mengetahui segala-galanya. Beri aku ruang untuk aku pergi dari bumi Malaysia ini, supaya aku belajar mentaati mereka tika aku jauh. Dan supaya sifat taat itu benar-benar terserap dalam jiwa aku sepanjang aku berada di perantauan dan aku pulang hanya apabila ia sebati. Ya Allah, berkatilah laluan ini, tunjukkan aku jalannya, taburkanlah hidayahMu sepanjang jalan itu, doronglah aku untuk bertemu dengan setiap kebaikkannya dan jauhkan aku dari keburukannya. Jadikanlah ia pilihan yang terbaik buat diriku. Wahai Tuhan yang Maha Menyayangi dan memiliki segala-galanya, berkatilah, kasihanilah dan perkenankanlah. Aku memohon dengan sebenar-benar permohonan.

=) Emilia (1535, Dec 11, 2010)

Wednesday, December 8, 2010

Next Time!

Perubahan yang perlu dilakukan pada bisness bunga akan datang

1. Agreement in black and white bagi penama kedai dan peniaga.

2. Penggubah dan tukang balut dari kalangan kami sendiri dan tidak diupah. Penjimatan RM2000.

3. Membenarkan consignment tetapi semua pekerja tidak dibenarkan mempunyai consignment sendiri. Hanya menerima consignment dari orang luar.

4. Incentive keluarga perlu berpatutan. Hanya RM 1000 maximum dibenarkan.

5. Gaji owner kedai perlu di declare. Maximum RM300 /day.

6. Barang-barang milikan perniagaan dan sendiri sahaja boleh dibawa masuk. Tiada lagi sewaan rak. Jimat RM 500.

7. Make sure stok lama seperti lidi, kad ucapan, card holder dan wrapper diguna pakai sebelum membeli stok baru.

8. Check! Check! Double Check! Stok dan berapa yang perlu digunakan setiap hari.

9. If possible, beli barang in bulk. One shot and reduce cost of transportation. Atau. Beli dahulu sedikit dan tengok market, then baru beli one shot! Kecuali bunga.

10. Stick to one supplier unless needed.

11. Cakap siap-siap dengan orang sebelah “Tumpang barang boleh, sampah jangan tumpang ye!”

Banyak lagi yang perlu diperbetulkan untuk mengurangkan kos. Tapi, sebagai permulaan, Tahniah Emilia!


=) Emilia (1334, Dec 09, 2010)