Sunday, November 21, 2010

Mengertikah mereka??

Beg tanganku dicampak dan tudung ditarik dengan rakus. Aku menghempas badan ke atas katil yang tersedia di sudut bilik. Panas. Ya, cuaca kebelakangan ini berubah-ubah, teriknya fajar menyinsing dan tatkala petang hujan menyimbah bumi yang sebentar tadi ketandusan. Keadaan ini sama dengan Emilia. Di mana Emilia nak mula ya?

Perut kenyang mengantuk datang. Tiada aktiviti hari ini sekadar menghilangkan penat dek perjalanan jauh mengambil ibu di KLIA (eleh, konon lah ni! Padahal stay up all night baca novel..) Emilia teringat conversation dengan seorang cousin yang agak sebaya kakak Emilia, sekitar 30an, tapi mereka berdua ni ada characteristics yang jauh berbeza. Kami sembang di YM aje petang tadi..Ini antara yang dibincangkan:

(Maaf ye, dialog di bawah ni Emilia edit skit yang x perlu, nanti panjang pula..)

Cousin: so, what ur plan after uk?

Emilia: as i told u, semua akan jadi tahun depan

Emilia: n semalam call university of ______, she asked me to choose other major since i've completed all the subs untuk course applied

Cousin: tak pe, different place, different administration.. don't compare them, or u'll be frustrated..

Emilia: ayah marah, dia kata nape Emilia nk kejar sgt tmpt org, nak sangat blaja subjek yg xde kat cni, nak rs sgt job placement bbayar

Emilia: tapi sebenarnya xsmua org tau ape yg Emilia kejar

Cousin : hmmm, kena hadap je marah ayah tu.. betul la tu, skrg Emilia da buang masa.. BUT, most importantly, Emilia da buat decision and u stand strong by the decision...

Cousin : tu yg (nama tidak disiarkan begi menghormati beliau) kagum...

n u know that u have worked hard for it.

but luck is not for u yet..

lepas ni, byk2 solat hajat, smyg malam...

moga dpt rezeki Emilia capai apa yg nk dicapai...

ok?

Emilia: yup, sbnrnye....kuatnye Emilia arini pun dari DIA jugak, Emilia ckp dgn diri Emilia, ape pun ending nye Emilia x boleh nangis, xleh nak salah2 kan sebab Emilia dah pilih...Emilia yang nak blaja jadi Emilia lah yg tanggung..so ape yg Emilia buat pasni x involve ayah n ibu sgt sbb dorang kata "DAH LETIH!"

Cousin: betul... dorg syg Emilia tu...

Emilia: sebab, kalau Allah nak tolong kita, and sure dia tolong punya sbb kan ke dia xkan turunkan kesusahan melebihi apa yg mampu ditanggung oleh org tu sdn

Cousin: betul2... usaha tangga kejayaan..InsyaAllah..

Emilia: xde tangga dah..lif

Emilia memang ada kakak, tapi lain kali Emilia cerita pasal kakak sendiri ye. Seronok bercakap dengan orang yang betul-betul cuba faham kita.. Dia bagi Emilia nasihat, peringatan dan yang penting jangan salahkan kerja Allah..

Kisahnya....

Maaf.. Mungkin ada yang kurang faham cerita di atas. Oklah, ringkasnya, Emilia menuntut di sebuah universiti tempatan dan sejak dari sekolah rendah, Emilia janji dengan diri Emilia yang nak sambung pengajian di luar negara.. kalau x diploma, degree.. so, ada universiti di Benua Eropah sana willing nak terima Emilia masuk terus ke tahun dua dan mereka offer paid job placement setahun. Jadinya total 3 tahunlah di sana. Tapi, biasalah, bila bukan rezeki, visa Emilia refused at very last minute, maka terjadilah adegen peluk memeluk antara Emilia dan ibu depan British High Commission.. Betul-betul refused 1 hari sebelum final enrolment date. Sedih, terkilan dan kecewa. Tapi ada perasaan di sudut hati lain. Yang itu nanti Emilia cerita ye! So, status pelajar di Malaysia Emilia tergantung, manakala Emilia sekarang cuba cari peluang di tempat lain..Kata seorang rakan....

“Jangan sedih, Dia dah tentukan sesuatu yang Cantik utk Emilia kat tempat lain..”

Buat mereka yang tidak pernah negatif dengan pilihan Emilia, terima kasih yang tidak terhingga... Emilia tak tau nak cakap macam mana..Terima kasih kerana mengerti..

=) Emilia (wrote - 0110, Nov 07,2010).

No comments:

Post a Comment