Tuesday, November 23, 2010

Antara “date” paling terisi

Seronok! Perkataan pertama sebaik menjejakkan kaki ke rumah. Hari ini, Emilia tiada aktiviti selain ditugaskan ayah untuk menjemput rakannya di airport. Tapi, nak di jadikan ceritalah kan, seorang teman Emilia tak semena-mena membalas SMS yang Emilia hantar semalam;

“Kenapa call? Hari ini free x? Jum g somewhere..Heee..”

“Xde, nak tnye paper smlm ok x? Nape x angkat? Pegi mana?

“Aku balik terus tidolah.. Paper smlm ok je..”

“Ok lah, i’ll pick u up in 20

“C u. Tc..”

Tiba

Emilia pun ambil terus teman ni setelah bersiap.. Amboi!!! Semangat, selalu keluar janji je lebih, turun nye lewat jugak..Ikut kamu lah wahai teman..

Ni kes melengahkan masa sebab orang nak ditemui tu tak angkat call, kami pergi makan.. Emilia try call teman lain, dia tak angkat, dia cuma SMS yang dia tak dapat nak join sekali, oklah...!

Detour

Dah hampir tiba, orang yang nak ditemui tu still tak angkat call.... So, kami pun pergi isi minyak and singgah Drive Thru McDonalds beli ice cream McFlurry Cornetto perisa coklat. Duduk di situ kejap sebab nak wifi free (katanya nak buka facebook, cari alamat orang berkenaan ß ehek, sebenarnya rasa bersalah kat Emilia sebab dia yang ajak tapi dah tak kesampaian pulak..padahal Emilia tak kisah sangat pun sbb kebelakangan ni susah nak jumpa teman lain, ada aja sibuknya..)

Kemudian, kami bergerak semula dan menuju ke sebuah mall selepas Emilia singgahkan dia di bank untuk “cucuk duit”..Niatnya untuk ke MPH cari novel.

MPH

Orang kat MPH lagaknya macam 630am di pasar. Padat. “Sep baik ekon” kata Emilia. Dari satu rak ke rak lain, Emilia cari novel. Frust juga sebab cari buku Aku ada kamu terbitan NB tapi dah habis. Mengenangkan nasib yang Emilia akan tidur kebosanan tanpa novel di sisi sepanjang minggu depan, sempat juga Emilia “merabakkan” poket membeli 3 buah novel dan sanaskhah majalah.

Hair reconstruction cream

Entah berapa jam kami di situ, Emilia ajak rakan cucuk duitgara-gara dompet Emilia ketandusan isinya selain dari resit MPH yang berusaha menggantikan tuan asalnya. Niatnya, nak membayar perkhidmatan jalur lebar tetapi tiada mesin disediakan selain dari bayaran di kaunter, malas menunggu, Emilia dengan hobi lain, singgah di Watson. Macam-macam tester ada kami cuba, bermula dari compact powder, facial, perfume, body spray sampailah hair serum... Letih agaknya orang yang bekerja di situ melihat gelagat kami terkekeh-kekeh ketawa. Setiap aisle ada je yang kami akan belek.. Sehinggalah timbul niat teman Emilia nak beli hair reconstruction cream dan dia yang tak pernah pakai facial wash secara mengejut minta Emilia pilihkan. Amboi! Saya pun tak tahu brand apa bagus, jadi semua yang depan mata ni jadi suggestions la. Sampai teman tanya...

“kau ni penah jadi sales assistant ke? Mana kau tau semua ni, fungsi dia?”

“Alah wei, ada yang aku baca, ada yang dari iklan, aku sebenarnya bukan tau sangat pun”

Teman Emilia pun buat keputusan ambil dua produk dan Emilia macam biasa sempatlah sambar Kinder Bueno dan air mineral.

“aah wei, dah pukul 7” Cashier perempuan bercakap dengan rakannya..

Mak aih! Berdosanya Emilia tak nasihat kawan ke surau padahal shopping mall 5 tingkat ni ada je kemudahan surau. Emilia mengelabah jadi Emilia diam sepanjang proses pembayaran (Teman, maafkan aku kerana aku bukan rakan yang terbaik yang mengajak kamu berbuat baik..Emilia hanya manusia biasa yang dianugerahi sifat lupa). Kami menghayun kaki pantas ke lif.

Marah sungguh, dah tentu-tentu itu satu-satunya lif ke tempat letak kereta bawah tanah, autopay kiosk nya pula di sebelah bahagian lain di shopping mall tersebut.


Detour kedua

Melintas di hadapan sebuah gerai kecil, kami berhenti. Ada sepasang suami isteri, ku agak, mereka menjual coklat beraneka design. Emilia tak fikir panjang sebab dah lewat, sambar lah satu keping dan minta business card si penjual. Selepas membayar coklat dan parking, Emilia terus memecut untuk ke airport. Ah! Masih awal! Jadi sebagai cadangan susulan, kami singgah di Tesco untuk makan malam.

Usai memesan makanan, teman berkata;

“Nak dengar cerita sedih?”

“Apa?”

“Aku tak solat asar dan maghrib pun hampir habis ni!”

“Ya Allah! Malunya aku dengan kau! Sorry sangat, aku tak perasan!” Sambil Emilia menekup muka.

“...kau terus sebelah kiri berdekatan food court ni ada surau dan tandas, pergilah,” sambung Emilia.

Tumpah

Emilia pula malu sendiri sebab terus mengaku “uzur” pada teman. Air yang dipesan tiba. Dalam masa yang sama Emilia khusyuk melihat kalau-kalau ada SMS pada telefon bimbit.

Praaanggg! Dulang yang dipegang server itu terjatuh bersama segelas air yang belum sempat dihidang di atas meja. Emilia terkejut dan berasa kasihan dengan waiter tersebut walaupun berkali-kali dia meminta maaf. Emilia pun buat dek je sementara dia mengemas tumpahan air 7up supaya dia tak rasa malu.

Teman tiba dan tak lama kemudian makanan dihidangkan. Mujur tak ada lagi aksi tadi, kalau tak kasihan waiter tu. Sesudah makan, kami terus ke kereta dan memecut laju ke airport. Dengan kelajuan begitu, Emilia tiba di airport dalam masa 10 minit dan parking jauh sedikit supaya tak perlu turun dan hanya pick up sahaja. Lama. Tiada panggilan dan kami hanya berbual kosong.


Penantian berakhir

Jam 2113, Emilia terima panggilan bahawa teman ayah itu baru landed, terus Emilia SMS warna dan nombor kereta. 5 ke 7 minit kemudian, teman ayah yang hanya membawa beg galas tiba di pintu ketibaan.

Emilia diminta ke gerai mamak kerana katanya sudah lama tak makan di sana. Beliau terus di hantar ke destinasi tetapi malam masih muda. Teman Emilia kata dia tak mahu pulang lagi, jadi Emilia minta teman menghubungi rakan yang ingin ditemui petang tadi.


Detour ketiga

Lega! Telefon diangkat dan kami berjanji untuk bertemu. Katanya 10 minit tapi kami terpaksa singgah di stesen minyak untuk sedikit urusan agak penting. Hehee..

Tiba di sebuah kondo yang penghuninya ramai tapi parking spacenya begitu limited dan dengan kepakaran yang ada (kononlah ni), Emilia buat parking sendiri di kawasan motosikal. Haha..

Diperkenalkan satu sama lain oleh teman, kami terus ke tingkat 9. Pintu dibuka dan bau terus menerpa ke hidung. Muka Emilia macam biasa je.. Menghormati tuan rumah. 5 minit menjadikan Emilia lali dengan bau itu.

Sugar Glider! Itulah nama haiwan yang dibela di dalam rumah tersebut. Ya, terkejut. 1. Kerana Pet Shop ini di dalam rumah kediaman yang dikenali sebagai kondo. 2. Pemeliharanya lelaki dan tampak bersih jagaannya. 3. Dia seorang pelajar medic. 4. Kreatif.

Emilia tak faham dengan bahan-bahan untuk memelihara Sugar Gliders ni, jadi mereka berdua aja yang bersembang mengenainya. Emilia hanya cuba untuk mengusik haiwan tersebut. Comel! Matanya besar dan bulat lagi hitam. Kecil dan ada yang agresif!

Setelah teman tadi decide apa dia nak beli dan sebagainya, kami bergerak turun diiringi oleh pemelihara Sugar Glider tadi. Masuk je kereta, Emilia tengok jam....2345..

“Eh, lamanya kita kat situ tadi...”

“Sorry la, kau marah?”

“Tak..Aku seronok!”

Emilia segera menuju jalan pulang, menghantar teman dan tiba di rumah tepat jam 0000..wah! Pertama kali ni, tepat....

Hari ini, benar-benar bermakna, mungkin pada sesetengah orang Emilia hanya membuang masa. Tapi Emilia seronok, ada sahaja yang boleh dilakukan. Cuma yang Emilia benar-benar kesalkan, Emilia lupa nasihatkan teman pasal solat tadi. Sungguh!

Ya Allah, ampunkan aku, ampunkan kami... Kami begitu seronok sehingga lalai dengan perintah mudahMu itu. Kami alpa dan kami lupa..Aku memohon Kau jauhkan kami dari sifat lupa dan sentiasa Kau getarkan hati ini, untuk sentiasa berdetak mengigatiMu...Ampunkan kami dan makbulkan doa ini, wahai Tuhan yang Maha Mengampun dan Memperkenankan..

=) Emilia (wrote - 0119, Nov 08, 2010).

No comments:

Post a Comment