Tuesday, November 23, 2010

Pengajaran

Malas

Dek kerana penat seharian keluar semalam, hari ini Emilia sengaja bangun lewat. Jam 1200, ibu mengajak Emilia keluar to have our combined breakfast and lunch. “Its not brunch anymore since it is lunchtime already” <-hehehe....

Lauk hari ini, kari ayam dan sayur petola. Selepas menikmati hidangan yang lazat itu (cewah!) , Emilia dan ibu bergegas pulang. Sebaik meloloskan diri ke dalam perut kereta, Emilia terima SMS dari teman.

“Der, mna?bole x tulun sy? (SMS nya penuh dengan typing error.)

Direct translation: “Brader, mana? Boleh x tolong saya?”

“Kejap, dengan ibu. Jap ye”

Bergerak

Perjalanan diteruskan dan ibu minta Emilia singgah di kedai sebentar. Sesudah itu, Emilia hantar ibu pulang dan terus SMS teman.

“Boleh siap, dah nak sampai..”

“Da siap:)”

Mesti kena tunggu

Adalah dalam 5 minit Emilia tunggu rakan yang katanya tadi “dah siap”

Kami terus ke rumah sahabat kepada teman Emilia. Maklumlah, bila cuti semester bermula, kita pun sibuk cari “setinggan” untuk meninggalkan barang milikan yang ingin digunakan pada semester akan datang. Sesudah teman berpeluh-peluh mengangkat barang ke rumah rakannya, kami terus ke stesen bas untuk membeli tiket.

Dah cuti semester, mestilah nak balik kampung. (tak macam Emilia dulu, selalu tanya “kena ke balik kampung?” gara-gara malas mengangkat barang yang kata ayah separuh lori untuk Emilia seorang aja.)

Usai urusan membeli tiket, Emilia terus menghantar teman pulang kerana esok ada paper.

Katanya, “kau nak aku study bersungguh-sungguh ke yang hantar aku balik cepat-cepat ni?”

“Iya” Jawab Emilia pendek.

“Kau ok tak hari ni? Senyap je?”

Sebenarnya Emilia ok je cuma diruntun rasa bersalah dan sedikit kekesalan. Nantilah kita berkongsi di sudut hati ya!

Tambahan aktiviti

Emilia teruskan perjalanan sejauh 4km untuk ke bank pelaburan.

Naik ke tingakat 19, Emilia berurusan di kaunter mengenai cara-cara membuka akaun.

Letih. Lama.

Habis semua jenis brochure Emilia ambil. Sambil melihat gelagat manusia di hadapan. Seperti drama.

Drama sebabak

Seorang wanita bebangsa cina datang ke kaunter. Wanita berbaju merah jambu menyala dan berseluar hitam itu berdiri di hadapan kaunter dan tidak lama kemudian, di sebalik kaunter berdiri 4 orang wanita. 3 berbangsa Melayu dan 1 orang berbangsa Cina.

Dari perbualan mereka Emilia rasa, wanita berbaju merah jambu itu merupakan salah seorang pekerja di situ dan beliau cuti sakit untuk rawatan.

15 minit perbualan. Yang sibuk tadi mula meninggalkan meja masing-masing dan menyertai mereka yang sedia ada di kaunter. Soalan yang sama di ulang, cerita yang sama diceritakan. Yang sedari tadi ada di situ masih melakukan perkara sama, mengangguk-angguk seolah-olah cerita itu pertama kali didengarnya.

Semakin ramai di belakang kaunter yang datang berkerumun. Salah seorang mereka ‘blah’ dari situ.

Siapa ye seorang itu?

Seorang itu adalah perempuan Cina tersebut. Beliau menyalami rakan yang sakit ini, dan terus menyambung pekerjaannya.

Berlanjutan, Emilia dipanggil beberapa kali, mengisi bermacam-macam jenis boring tetapi perbualan belum tamat. Sejurus sebelum Emilia melabuhkan punggung pada kerusi yang disediakan, perempuan Cina yang sakit itu meminta diri. Mungkin letih, yalah, orang sakit.

Pengajaran

Emilia terfikir, mengapa yang bertiga sejak dari mula tadi merelakan diri mereka mendengar perkara yang sama?

Nampak tak? Wanita Cina yang ‘blah’ awal itu, pada Emilia lah, dia mementingkan prioriti. Sedangkan kisah yang sama telah diulang berkali-kali dan seorang demi seorang datang untuk bertanyakan perkara yang sama, maka, mengapa tidak meninggalkan tempat itu untuk sesuatu yang lebih penting yang dituntut oleh kehidupan. Kerja.

Acuan

Emilia tidaklah berniat membandingkan antara bangsa di Malaysia ini, tetapi, Emilia kenapa tidak kita belajar dari bangsa yang lebih baik. Kita benci dijajah dan ingin hidup dalam acuan sendiri tapi kalau acuan kita salah maka hasilnya tidaklah baik. Tidak salah mengambil yang baik dari orang lain dan kita gandingkan dengan budi bahasa yang diajar oleh nenek moyang kita. Itu adalah acuan sebenar. Kita perlu bersyukur kita dijajah oleh British berbanding Belanda yang menjajah Indonesia. Tengok apa perbezaannya. Bukan maksud Emilia sokong dijajah tapi mesti setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mari kita sama-sama ambil pengajaran ya!

=) Emilia (wrote - 1453, Nov 13, 2010)

No comments:

Post a Comment