Thursday, December 8, 2011

Kena jugak!

Tersebutlah kisah ketika di dalam kuliah… haa…financial planning subject. Our lecturer yang ini sering mendenda wang untuk jawapan yang salah bagi soalan yang students jawab dengan ragu-ragu…

Topiknya EPF. Disebabkan jawapan yang diberi, rata-ratanya meragukan, maka pensyarah memberi pilihan jawapan A, B dan C dan denda untuk setiap jawapan salah adalah seperti berikut;

Sekiranya pelajar menjawab jawapan A dan jawapan A adalah salah: RM 1
Sekiranya jawapan B salah : RM 5
Sekiranya jawapan C salah : RM 10

Maka Em pun fikir punya fikir, “aku rasa jawapan bukan B tapi A pun macam tak betul, C tu jawapannya ialah dan lain-lain…apa yang lain?”

Terdengarlah suara sumbang di belakang, “kita ikut Em, kalau Em tak angkat tangan, kita jangan angkat”

Honestly, I thought it was a joke.

Then, the lecturer has given us two chances to reconfirm.

And..selepas beberapa ketika, memang ada beberapa je yang jawab B, A tak ada langsung.
Ketika itu semua betul-betul rupanya ikut Em.

Pensyarah tu pandang Em dan kata; “Em, awak jawab C?”
“Emm…yela kot.. sebab saya rasa B macam tak betul”
“Ok, so kalau C salah, Em seorang je kena bayar RM10”
“Hahahahahaha” mereka ketawa.

And…suddenly bila pensyarah tanya semula kepada kelas, semua mengaku mereka jawab B. Eh, bila tukar? Hebat sungguh mereka menukar jawapan.

Punyalah suspen tunggu jawapan dari pensyarah…beliau berkata begini;



“Tahniah bagi yang menjawab B kerana anda penyumbang terbesar dana hari ini”
Dia menyambung, “jawapan sebenar ialah C… jumlah C ialah bla bla bla bla”

Em dengan tidak sengaja tersenyum. Lega.

Towards the end of the class, bila Em fikir balik apa yang jadi tu, memang lucu.

Mula-mula bersatu untuk ikut orang lain.

Kemudian tukar fikiran kerana risiko yang dilihat dua kali ganda.

They even laugh when the lecturer said “Em seorang je kena bayar RM10”. I wonder why they laughed. I wonder why because when the lecturer said that, I was about to reach the point where I was really sure that B was wrong.

If I were them, I would rather choose A than B. You only have to pay RM1 instead of RM5. Is it because they do not want to be seen as a fool?

Sorry to say this friends, if you choose A, your answer is WAY better than B because logically, EPF is your
“simpanan hari tua anda”. Jika jumlahnya dikeluarkan semua, apalah guna EPF itu sendiri. Even if you don’t know the answer, this is common sense. Cuma perlu fikir EPF tu fungsi utamanya sebagai apa sahaja.

Em tak tahu jawapan sebenar walaupun ketika pensyarah menyatakan jawapan Em betul. Mengikut pemahaman Em, B memang salah.

Akhirnya, macam mana pun KENA JUGAK! 38orang x RM5= RM190

Moral of the story:




Jangan suka ikut orang.

  • If kita ikut orang yang kita yakin betul, insyaAllah Allah akan tunjuk jalannya tapi usaha itu perlu.


  • Sebelum yakin dengan orang kena percaya diri sendiri dahulu.


  • Pendirian yang sering bertukar-tukar akan membuatkan seseorang hilang keyakinan diri.


  • High risk, high return =))


  • Kebanyakkan perkara yang dicipta manusia banyak berdasarkan teori logik, yang diciptakan Allah banyak diluar jangkaan manusia, sebab itu kita dianugerahkan AKAL untuk berfikir kelogikan aktiviti dunia dan bersyukur atas keajaiban aktiviti atau zat ALLAH.


  • Gelakkan 1 orang ramai-ramai, lepas tu orang yang digelakkan tu boleh gelak sorang-sorang sebagai hadiah kepada 38 orang, lagi best, lagi power!!! =))


  • Emm..satu lagi nak tambah, betul kata adik Em; itulah beza orang tahu dengan orang tak tahu!


  • =) Emilia (0228, December 9, 2011)