Tuesday, November 23, 2010

Berniaga tapi tidak meniaga!

Ada perniagaan tapi tak mahu meniaga. Ya, sejak kebelakangan ini, Emilia sering frust sendiri. Dengan rakan-rakan niaga yang tidak komited. Itu pun menjadi masalah Emilia sendiri apabila perkara yang perlu diuruskan bersama diletak atas bahu Emilia sendiri sahaja. Emilia muak. Muak. Sangat muak.

Hari ini, sewajarnya Emilia perlu bangun awal untuk meniaga di pasar tetapi, malam tadi sahaja mata hanya boleh dilelapkan sekitar jam 5 pagi. Sebaik mata lelap, jam berbunyi pula tetapi Emilia begitu tidak berdaya untuk bangun. Rasanya masalah tidur sudah kembali.

Disebalik entri yang lalu, masih ada lagi seorang rakan niaga yang menghancurkan kepercayaan Emilia terhadapnya.

Minyak Wangi

Berhasrat untuk mencuba perniagaan minyak wangi, Emilia cuba menghubungi seorang pengedar dan harganya tidaklah murah tetapi apa salahnya mencuba. Ya, itu cerita Ramadhan lalu. Maka, seorang lagi teman Emilia yang telah dinaik tarafkan sebagai rakan niaga membawa semua stok minyak wangi tersebut ketika beliau dan keluarga pulang berhari raya.

SMS diterima mengatakan bahawa semua minyak wangi tersebut telah dijual. Tetapi lain pula ceritanya apabila Emilia bertemu empat mata dengan teman ini. Ibu saudara beliau ingin menceburi bidang perniagaan dan bertanya-tanya mengenai minyak wangi tersebut dan ibu kepada teman Emilia ini terus memberi cadangan “ambil aja semua, yang tak jual pulang balik”

Emilia marah. Ini kerana Emilia rasakan dia tak jujur. Apa salahnya dia beritahu awal? Emilia pernah cakap, Emilia rela sakit diberitahu kebenaran pada awal waktu daripada Emilia menyimpan amarah dan dendam dibelakang hari. Kenapa sukar benar? Berapa lama yang diperlukan untuk kita mengenali hati masing-masing. Cukup terbuka Emilia menerima setiap apa yang mereka guraukan dan mentertawakan Emilia sehingga kadang-kadang Emilia terasa diri diperbodohkan. Tidak cukupkah itu untuk dia berterus terang?

Ini aje ke?

Maka, kita sekarang menyambut Hari Raya Aidiladha, akhirnya Emilia mendengar khabar mengenai minyak wangi tersebut. Dua bulan lebih ya, baru berbunyi ceritanya. Tetapi ceritanya berkisar tentang...

“Emilia, berapa botol ya minyak wangi yang Emilia bagi haritu?”

Aii...SMS ini aja?

Hehe..Emilia seperti biasa, daripada ingin berdiplomasi, Emilia kali ini tegas dan muktamad. Maka, SMS berikut dihantar pada hari yang sama entri ini ditulis.

SMS maut

“Assalamualaikum, (nama tidak disiarkan), terlalu lama lah Emilia tunggu minyak wangi tu..harapnya dia byr smualah..klu Emilia ambil xboleh jual pun..dah outdated..”

Tidak berniat langsung di hati Emilia untuk menyakiti atau menyusahkan. Tetapi, ini bisnes dan masa adalah wang. Dua bulan dia bertindak untuk tidak bertanyakan khabar sungguhpun Emilia ada bertanya-tanya. Jawapan mudah yang mencabar iman di hati Emilia “nantilah”.

Bisnes lain

Emilia silap percaturan. Emilia telah banyak melibatkan rakan niaga yang seorang ini di dalam perniagaan bersama. Kami punya jenis perniagaan lain termasuklah tudung, selendang dan aksesori manik.

Jadi, apa yang Emilia boleh lakukan? Emilia berhasrat melelong semua barang yang dikongsi itupun atas persetujuannya. Emilia akan identify semula bisnes Emilia dan rakan niaga dan hanya melibatkan modal sendiri dan berdiri di atas kaki sendiri. Hanya yang serius akan diteruskan dan lain-lain dijadikan sampingan.

Balasan

Emilia mendapat balasan Emilia dengan terlalu mempercayai rakan. Bukan bermaksud rakan itu baik, dia adalah rakan niaga yang baik. Bukan bermaksud rakan itu lemah lembut tutur bicaranya, kata-katanya baik untuk perniagaan perkongsian. Bukan bermaksud rakan itu sopan santun, tindakannya betul untuk sebuah perniagaan. Bukan bermaksud rakan itu cantik, dia adalah asset perniagaan. Bukan bermaksud rakan itu dipandang sempura, dia sempurna untuk perniagaan. Teman, kita akan jumpa noktahnya untuk perkongsian ini. Kau kekal sebagai teman baikku, tetapi kau tidak kekal sebagai sebagai rakan niagaku. Cukuplah, aku serik dan muak sekali dengan tindakanmu.

=) Emilia (wrote-20/11/2010 1537)

No comments:

Post a Comment