Saturday, December 11, 2010

Isu Hangat Britain!

Apabila Emilia baca article ini http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20101209/twl-britain-politics-university-0ccf4b6.html masa tu perasaan Emilia tak tahu nak letak di mana.

Sekarang ini, kerajaan British meluluskan kenaikan yuran kepada lebih kurang 200% untuk pelajar tempatan.

Hah! Kesian! Visa bagi pelajar Malaysia pula susah diperolehi berikutan ramai yang menyembah bumi Britain tersebut untuk mencari rezeki dan tak reti-reti nak balik.

Silap kau jugak Mr Britain. Kau jajah negara orang dan menjadikan negara kau seperti lubuk emas. Maka, dalam pepatah kami orang Melayu, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Dah tentulah kami ini nak menadah emas dan pulang menukar batu tu jadi emas di negara sendiri. Lepas tu? Nah! Amik kau! Sampai ada orang besar dari negara lain datang negara kau dan kata mereka tak suka datang ke tempat kau sebab tak pasti siapa warga Britain sebenarnya.

Ini sekadar pendapat peribadi dan diambil dari kenalan saya. Maaflah, identiti dirahsiakan. Tapi apa yang penting, katanya, rakyat mereka taklah pandai-pandai belaka. Mereka ni malas jugalah dalam bab belajar. Maaflah, bukan semua ya! Tetapi ada juga sumber mengatakan yang mereka ini punya expertise seperti pakar computer dan lain-lain adalah orang luar. Nah! Apa maksudnya tu? Canggih sangat sampai tak tercater dah teknologi mainan sendiri ke? Habis tu, nak cover la kononnya orang luar meminta-minta?

British ini katanya, dahulunya memudahkan proses visa kerana nak orang datang ke negara dia dan belajar maka dari situlah antara pendapatan terbesar sebab yuran pelajar antarabangsa jauh lebih mahal dan hampir setiap tahun revised. Tapi tak tahulah kan, mungkin kerajaan British salah percaturan. Eh, mahal mana pun rakyat Malaysia ini khasnya, tetap bertandang ke negara itu. Yang diterima bekerja pun semakin ramai.

Kenapa ya, majikan mereka tak benarkan mereka pulang? Dan kenapa ya, mereka yang datang ke sana tak nak pulang? Sebab..... matawang.. banyak mana pun mereka dapat hasil di Malaysia ini, Britian tetap negara yang memberikan pulangan besar kepada individu tertentu sebab setakat ini, matawang tersebutlah yang paling mahal.

Dah tu? Yang kau sulitkan visa kami nak datang ni kenapa? Duit kami juga kamu nak ambil. Dulu jajah kami, datang ke negara ini dan sanggup apa pun asal kami ini memberi sumber kepada kamu. Sekarang ini, kamu pula yang ajak kami datang dan bagi duit. Jadi, mengapa sukarkan kami? Anda suka dengan harta kami. Pelajar yang hebat, pekerja yang berdaya saing dan tentunya income kerajaan anda tidak akan berkurangan berikutan kedatangan kami berduyun-duyun ni!

Kalaulah setiap pelajar medic ditaja RM 1 juta oleh kerajaan, dan katalah pelajar medic ada satu seratus orang. Tak ke RM100juta (convert dalam GBP ialah £20,000,000 tau!) dah mereka dapat macam itu aja dari negara luar?? Emilia tak rasa pelajar medic sahaja seratus orang di negara tersebut dan Emilia juga tak rasa yang RM1juta je seorang.

Itulah, Tuhan jadikan bumi ini dan banyak perkara ada pro dan kontranya. Sebab sesungguhnya, hanya Dia yang sempurna.

Bila Emilia minta belajar di sana, kau bagi nonsense reasons why I can’t further my study there. But, remember GB, you need people like me! I’ve paid everything to you and you simply rejected me due to stupid reason even my intention is only to learn something good from you. To make you a good example in transportation field in my country. Then, why you offer us to study there if you think you cannot accept us? Don’t you think you are stupid? Yes, you are!

Lain pula ceritanya dengan attitude pelajar Malaysia yang tak mahu pulang gara-gara nak anak dapat sambung study di negara orang. Murah katanya. Emilia punya yuran yang dah habis bayar £8500, di sana pula maximum £9000, baik balik..jimat duit dan harmoni di Malaysia ini. Kalau dah lebih kurang sama je, baik balik. Tak rindu ke Malaysia ini dan makanannya? Ingat, setiap orang ahli keluarga anda menutup peluang orang lain untuk belajar. Masa anda datang dan susah dahulu, sama je orang lain susahnya sekarang. Mengapa tidak bantu orang bila susah. Kalaupun masa itu tiada yang membantu anda, kenapa tidak memulakannya? Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Pas baton la! Kot ye pun sekadar cikgu di sana puji anak anda bla3 macam kenalan saya seorang di sana, cikgu sini tak puji, tak kan itu alasan nak stay kat bumi itu?

Beginilah guru di negara dilanda ribut salji baru-baru ini menulis dalam laporan murid kata kenalan saya tu:

Sipulan sangat baik dan dihormati di kalangan rakannya. Dia mampu menjadi seorang ketua yang baik sungguhpun kadangkala dia mengikuti rakannya. Sikapnya yang suka bertanya dan berkongsi apa yang dibacanya membuat kami suka mendengar. Seorang pelajar yang rajin dan cemerlang ini akan menjadikan dia sesorang suatu hari nanti.

Begini pula guru di Malaysia tulis dalam report card Emilia:

Tahniah! Teruskan usaha!

Banyakkan usaha!

Teruskan usaha anda ke arah kecemerlangan!

Tingkatkan usaha anda. Jangan putus asa!

Perkuatkan usaha anda agar lebih baik lagi!

Perlu berusaha dengan lebih tekun lagi!

Tahniah! Selamat maju jaya!

Guru Malaysia kenalah rajin sedikit buat self-observation. Ye, tau! Kerja kamu banyak sampai papan belakang kelas pun kena ambil berat. Tapi memang benar pun, bila dapat buku rekod, kata-kata guru itu penting sebenarnya. Pelajar rasa dihargai dan mereka kena tahu yang mereka diperhatikan. Abaikan bila pelajar kurang ajar, ilmu dia juga tak berkat. Tapi bukan semua begitu kan? Emilia ada seorang guru yang begini. Belajar di Malaysia tau! Dia pun sibuk meeting ke sana ke mari tapi tiap-tiap seorang dari kami akan ditulis dengan baik dalam buku rekodnya. Bangga tau dapat guru begini. Jadi, Emilia seru guru-guru Malaysia, buat macam ni sebab nanti ramai bawak anak lari gi Britain.

Bergiat secara aktif dalam kokurikulum, pelbagai jawatan di dalam unit beruniform, persatuan dan kelab. Seorang pelajar yang dedikasi. Anda ada potensi untuk berjaya dengan melipat gandakan usaha. Teruskan kerajinan dan kesungguhan usaha anda. Kejayaan pasti diperolehi. InsyaAllah.

Cikgu yang tulis macam ini, Emilia tak akan lupa sampai mati sebab guru lain cuma tulis ayat-ayat klise yang pendek-pendek di atas. Masa cikgu ni tulis macam ini, Emilia fail 2subjek, dan tak kredit satu subjek. Bila belajar diploma, bangga tau cikgu tulis macam itu. Ya! Emilia excellent dalam diploma. CGPA terbaik adalah 3.92. Siapa sangka tulisan yang lebih sedikit dari “teruskan usaha anda” membawa perubahan yang besar kepada anak murid anda? Semoga ALLAH merahmati dan melindungi CIKGU MASURAH KHAMIS! Mungkin tak ramai pelajar seperti Emilia tapi pelajar seperti ini tidak akan lupa mendoakan gurunya. InsyaAllah!

Untuk pelajar tempatan negara tersebut:

Teruslah berjuang untuk hak anda. Kami di Malaysia ni pun yuran mahal kecuali universiti awam je yang lebih murah. Asalkan semangat belajar anda masih ada, maka sebaiknya fight for it. Tapi apa nak di kata, semua benda pun mahal dah dunia ni. Kencing pun kena bayar 50sen dah kat sini. Pakai air tak sampai sebaldi pun basuh kencing tu.

Untuk pelajar Malaysia khasnya:

Sudah belajar, pulanglah! Beri peluang pelajar lain seperti Emilia untuk melihat bumi luar. Ya! Tidak lumayan seperti yang anda harapkan, tetapi sekiranya anda pergi dengan wang cukai yang kami bayar, pulanglah. Bayar apa yang anda dapat kepada anak-anak lain di bumi Malaysia ini. Tak salah berbuat demikian. Sesudah dirasakan terbayar, kemudian pergilah mencari rezeki kembali di tempat itu, jika sukar kata anda ,begitu juga sukar rakyat Malaysia yang lain bekerja membayar scholarship anda. Yang membayar itu tidak kenal anda tapi wajarlah berterima kasih. Percayalah, ketika Emilia memohon visa, officer ada beritahu, terlalu ramai pelajar Malaysia di sana yang tidak mahu pulang, berikutan itu, ada visa yang direfused dengan alasan bodoh sebab quota. Sekiranya anda berada di tempat Emilia yang tidak mempunyai sebarang tajaan ini, anda akan berasa sebak melihat ibu yang menangis di hadapan pintu Kedutaan British di Kuala Lumpur kerana visa anaknya refused! Oh! Tidak! Anda tidak peduli kan? Kerana yang menangis itu bukan ibu anda!

Untuk Kerajaan British:

Kalau rasa naikkan yuran itu memotivasikan pelajar anda sendiri untuk belajar, tahniah! Saya sokong. Tapi kalau membuat rakyat kau seperti minta sedekah di bumi sendiri, bagus jugak. Dulu sedap je pijak orang. Kaya kau tu pun hasil orang kan? Elok juga visa mereka-mereka yang terlanjut tu kau bar je dari masuk negara kau. Ape tu? 10 years refusal? Elok benar. Biar orang macam Emilia ini dapat baton kemudian menimba ilmu di tempat kau pula. Lepas tu, Emilia tolong bangsa Emilia sendiri. What goes around comes around. Korang jugak yang keluarkan peribahasa ini kan. Dah tak mampu ditelan atau diluah ke? Dulu pun kami kena macam itu juga, apa salahnya rasa perit???

Untuk Malaysia, tahniah anda keluar dari belenggu penjajah selama 53 tahun ini. Sayang kamu! Akan kami timba ilmu walau ke negeri mana pun untuk dikembalikan maruah yang dipijak-pijak oleh penjajah dahulu! Ini namanya perjuangan alaf baru!

Apapun, Emilia puas. Kerana Allah beri dah sebab kenapa Emilia tidak belajar di bumi itu, malah mungkin rezeki di tempat lain. Alhamdulillah ya Allah! Aku meredhainya!

=) Emilia (0913, Dec 12, 2010)

2 comments:

  1. bags tulisan awk ni pedas..huhuh

    ReplyDelete
  2. sekadar pendapat peribadi..saya minta maaf kalau ada pihak yang terasa

    ReplyDelete