Wednesday, December 8, 2010

10 DAYS PROFIT

Laman ni dah bersawang lama ya. Maaflah, Emilia sibuk dengan pelbagai perkara. Tapi masih ada yang menarik untuk dikongsi. Sepanjang dua minggu lepas, Emilia sibuk dengan gerai bunga konvokesyen di sebuah universiti tempatan yang terkenal.

Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah. Kami memulakan perniagaan lewat sehari daripada kedai lain berikutan kami ketiadaan buruh untuk menggubah bunga. Hari kedua konvokesyen merupakan hari pertama kami berniaga.

Pelbagai perkara yang Emilia pelajari terutama dalam berkata “tidak” kepada orang lain. Kedua, menjadi kuat untuk mengatasi perasaan tamak. Banyak lagi sebenarnya.

Sepanjang 10 hari tersebut, kos yang terlibat adalah seperti berikut:

KOS BUNGA, PERALATAN, DAN MAKANAN = RM 18,025.90

KOS BURUH = RM 16,800

LAIN-LAIN = RM 5,825

TOTAL COST = 40,650.90

SALES = RM 46,489.95

SALES - TOTAL COST = PROFIT

RM 46,489.95 - RM 40,650.90 = RM 5839.05

Nampak banyak dari segi jumlah tetapi sedikit dari jumlah kos. Ya, kos perlu dikurangkan dan family interest pun perlu dikurangkan selepas ini. Kalau ada yang kata rugi, Emilia tak kisah pun. Sebab untuk pertama kali dalam hidup semua figure di atas pernah rasa dalam tangan. Dalam satu-satu masa, Emilia pegang RM 16k. Wah!

Ini kali pertama Emilia berniaga bunga. Tunggulah kali kedua, Emilia akan lebih berhati-hati dengan setiap kos yang ditanggung.

Ya Allah, aku bersyukur dengan setiap ketentuan dan rezeki yang Kau limpahkan. Sesungguhnya, Kau yang Maha Memberi Rezeki.


=) Emilia (wrote 1219, Dec 09, 2010)

No comments:

Post a Comment