Saturday, February 19, 2011

Relakan sahaja aku pergi....

Bertahun menyimpan perasaan yang kurasa sudah hilang, sebenarnya ada tetapi mendak dalam sebuah lubuk dipanggil hati. Entah kenapa, kisah lama yang diungkit kembali oleh seseorang yang terlalu dekat dengan situasi itu seolah-olah menggelodak lubuk yang telah lama sunyi ini.

Wahai dendam, pergilah!

Wahai benci, pergilah!

Wahai duka, pergilah!

Wahai pilu, pergilah!

Wahai sabar, tetaplah!

Wahai syukur, tetaplah!

Wahai ikhlas, tetaplah!

Wahai redha, tetaplah!

Wahai Tuhan, bantulah!

Aku tidak meminta semua berlaku sebegitu rupa, aku tidak juga sekali-kali menyalahkan takdir. Aku tidak meminta segala kecewa ini hadir dipundakku, tetapi aku juga tidak jauh darinya.

Sebenarnya, benar aku perlu belajar Ilmu Ikhlas. Aku tidak tahu bila dia datang dan aku tidak tahu bagaimana rupanya, maka aku harus belajar.

Wahai Allah, janganlah dendam, benci, duka dan pilu ini menjalar lagi dalam hidupku. Gantilah dengan hati yang bersih. Biarkan hanya ada sabar, niat yang bersih, ikhlas, syukur dan redha yang bertapak di atas asas iman yang Kau limpahkan. Wahai Yang Memiliki Sekelian Alam ini, bantulah, aku merayu dan merayu kepadamu...

=) Emilia (2159, Feb 19, 2011)

No comments:

Post a Comment