Wednesday, December 8, 2010

Analisis Peniagaan Bunga

Maklumlah kali pertama dikejutkan dengan berita “anda dapat gerai untuk berniaga sepanjang istiadat konvokesyen”, Emilia terus bersemangat. Lepas tu garu kepala. Banyak perlu diuruskan.

Kami terpaksa mengambil dua orang sebagai tukang gubah dan tukang balut. Ini kerana skills tersebut tidak dapat diajar dalam masa yang singkat. Maka, hari pertama itu, merekalah yang membeli semua bahan.

Kebanyakan kedai telah mempunyai pengalaman besar dalam perniagaan ini, jadi kebiasaannya mereka order stock in bulk atau daily. Tapi since Emilia masih baru, banyak supplier habis stock bunga ros. Maka, kami dapatlah ros import yang dua kali harganya.

Kami sukar mendapatkan ros AA yang RM10 lebih murah berbanding China Rose.

Gaji penggubah dan wrapper RM 500 sehari dan yang menentukan ratenya adalah kawan ayah.

Gaji pekerja RM 100 sehari dan kerja selain waktu 7am-7pm adalah dibayar berasingan.

Harga bunga terpaksa mengambil kira gaji penggubah dan wrapper.

Tukang wrap pula ambil kesempatan membeli wrapper banyak-banyak pada saat perniagaan tinggal di hari hujung iaitu sebanyak 300helai.

Milikan kedai atas nama orang lain jadi, mereka berniaga di hadapan kedai kami.

Tukang gubah dan wrap juga mengambil kesempatan yang sama apabila kami enggan mengambil consignment product mereka.

Kedai sebelah pula mengambil area belakang kedai berikutan barang yang terlampau banyak dan sampah sarap melintasi sempadan gerai.

Berlaku loan ke atas bunga dan bunga hiasan apabila product tidak mencukupi.

Kegagalan memastikan demand menyebabkan banyak bunga dibuang kerana busuk dan layu.

Pekerja best! Boleh diharap dan dipercayai dari segi keluar masuk wang dan flow jualan.

Hampir semua barang yang dibeli dibayar cash. Emilia kurang berminat dengan invoice sebab menyukarkan pengiraan jualan.

Family interest terlalu tinggi. Baik untuk membentuk peribadi tetapi tidak baik untuk perniagaan.

Ada orang lain yang membantu, sungguhpun dia tidak menuntut gaji, tetapi makanan diberikan dan pertambahan kos berlaku di situ.

Stok bunga kehabisan secara tiba-tiba dan terpaksa mencari pemborong dan ini menambahkan lagi jumlah kos.

Bunga berjaya dihabiskan jualan dan ada teddy bear yang masih dalam stok dilelong dengan tema “Buy One Free One”. Masih untung.

Layout kedai sentiasa berubah kerana cuaca yang tidak menentu. Walaupun begitu, kebersihan kedai sangat diutamakan.

Bunga hiasan iaitu whilte peacock dan yellow peacock sebanyak 7 bundle disedekahkan kepada kedai sebelah pada hari akhir perniagaan berikutan kesalahan order.

Beberapa bunga ros light pink ditemui masih elok dan tersorok di belakang peacock dan tidak digubah oleh penggubah yang segera melarikan diri setelah kononnya kerja tamat.

Kos-kos lain apabila kami terpaksa membayar sewa rak.

RM 3000 diperuntukan untuk keluarga sebagai penghargaan tetapi jumlah yang dikeluarkan melebihi.

Float makanan hilang atas kecuaian Emilia pada hari kedua terakhir. Hanya ditemui dua hari selepas konvokesyen tamat. Oleh itu, jumlah jualan dan kos makanan sedikit terganggu.

Sistem merekod jualan terbaik masih tidak ditemui. Kedai terlalu sibuk pada satu-satu masa dan terlalu lengang pada satu masa lain.

Average sales per day is RM 5,100. Hujan tidak mengurangkan pendapatan sebaliknya bertambah.

Tidak kerosakan walaupun dua kali rebut melanda.

=) Emilia (wrote – 1253, Dec 09, 2010)

No comments:

Post a Comment