Saturday, August 27, 2011

Tinggalkan mereka sendiri

Cerita artis sana-sini. Kita ni baik sangat ke? Gosip itu sana sini? Wajarkah? Hairanlah, kadang-kadang seseorang artis ini, kalau pergi tandas awam 20 sen pun orang kata, kalau pergi shopping kat Paris pun orang kata, kalau keluar minum di kedai mamak orang mengata, kalau makan kat hotel 5 bintang pun orang mengata. Kenapa cerita mereka perlu digembar-gemburkan? Tak cukup surat khabar mengupas kisah dari dalam kain sampai luar kain, dibincangkan pula secara meluas di forum-forum internet atau di tempat lain. Why can’t we just leave them alone? Mereka adalah manusia.

Sekiranya cerita kita ini untuk diambil pengajaran, itu baiklah. Tetapi, cerita yang sedikit, sampai orang yang ke 100 ceritanya berubah terus. Bila dapat komen artis tersebut kita cakap pula pada mereka, “kalau tiada angin masakan pokok bergoyang”. Yelah, entahkan orang yang ke 20 tu kentut, angin busuk dia membuatkan pokok bergoyang, anda tahu ke?

Leave them alone. Itu kerjaya mereka. Memang ada antara mereka yang suka publisiti, tetapi ramai dari mereka nak hidup seperti biasa.

Ingatlah! Kita cakap banyak-banyak mengenai satu-satu orang sekarang; jangan sampai di akhirat kelak, orang tersebut minta pahala kita, sehingga kita muflis di hadapan Allah SWT. Tak cukup pahala, dipindahkan pula DOSA orang tersebut pada kita. Allah… Adakah cukup ibadah kita untuk dibawa? Masihkah ada baki pahala kita sekiranya orang meminta-minta pahala kita. Kalau seorang tak apalah, kalau beribu yang kita kata, bagaimana?

Semalam tengok berita, ada insan yang enggan memberi komen pada kejadian buruk seseorang. Dah dia diam, biarlah. Yang mesti nak dicucuk-cucuk kenapa? Tak tanya kenapa dia diam? Sebab dia tak tahu. Dia tak nampak kejadian macam mana nak cakap?

Biarlah artis tu sendiri muhasabah diri sendiri. Kita pun muhasabah diri.

Artist (atau siapa-siapa yang lainnya) tu mungkin tak kenal kita, tapi di akhirat esok, dia akan datang. Buatlah umpatan, kejian, fitnah untuk dia, dia akan datang untuk menuntutnya. Hari itu, hari yang paling adil sekali untuk semua umat, anda mampu?????? Tanyalah diri kita, berapa amalan dah buat, berapa dosa sedang ditanggung, berapa dosa yang bakal datang tanpa sedikit anda melakukannya. Kalau asyik mengata, membuka cerita orang, kita kena ingat juga, ibadah kita belum tentu pahalanya untuk kita. Astaghfirullah…

=) Emilia (1326; August 28, 2011)

No comments:

Post a Comment