Wednesday, August 17, 2011

Ilmu Ikhlas?


Ikhlas itu apa? Ikhlas itu datang dari mana? Ikhlas itu, benar-benarkah wujud dalam hati seorang insan bergelar Emilia?


Jawapan yang terlalu meragukan. Benar-benar meragukan. Jadi, bila jawapan itu meragukan setakat mana ibadah Em diterima Allah? Adakah cinta dan peluang Allah buat insan yang mungkin tidak pernah ikhlas ini?

Hati tidak pernah berhenti dari berbicara walaupun hal yang kecil atau sedikit. Walaupun di sudut luaran orang seperti mengatakan mereka nampak keikhlasan kita. Terus? Riak dipuji dan diangkat lebih menguasai berbanding kerja yang tidak seberapa itu.

Maka dalam pencarian ilmu ikhlas, maka Em berjumpa dengan dua artikel ini:

http://genta-rasa.com/2009/07/08/ilmu-ikhlas/

http://zid-zid.blogspot.com/2005/12/adakah-ilmu-ikhlas-itu.html

sebagai tambahan bacaan dan pernilaian;

http://genta-rasa.com/2011/07/05/relakan-perpisahan-itu-demi-cinta/

Ikhlas itu;

1) Rela

2) Tidak mengharapkan sebarang balasan

3) Tidak merungut

4) …dan apa sahaja boleh menjadi tafsiran mudah buat ikhlas

Tetapi semudah itu jugakah kita benar-benar ikhlas?

Tidak, tidak dan ilmu itu terlalu sukar untuk dipelajari.

Maka dalam salah satu artikel tersebut;

Sabda Rasulullah SAW :“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Credit to: http://genta-rasa.com/2011/07/05/relakan-perpisahan-itu-demi-cinta/

Di bulan Ramadhan serba indah ini; masih lagi hati kita dijentik. Terkadang pula, ketika solat tarawikh juga. Ini menghadap Allah sudah, masih lagi?

Hebat makhluk Allah bernama Iblis. Mendidik kita dengan ‘baik’; sungguhpun ketiadaannya, masih lagi sikap berprasangka ke atas orang lain itu ada. Sikap menunjuk itu ada. Sikap riak dan takkabur itu ada.

Lalu bagaimana? Peringatan buat diri sendiri juga;

Marilah kita sentiasa berzikir dan berselawat. Kita back to basic. Kita sentiasa ingat bahawa amalan kita belum cukup untuk menempah syurga. Kita sentiasa ingatkan diri setiap kali berprasangka, “rugilah buat pekerjaan ini kalau merungut sahaja, walaupun dalam hati. Rugi tenaga di dunia, rugi pula pahala buat timbangan akhirat”. Rela itu, rela dalam kata yang sebenar. Benar-benar rela. Kalaupun mengeluh kerana kerja terlalu berat atau membebankan, keluhlah pada Maha Mendengar. Kalaupun mahu mempertikai, biar dengan cara yang berhemat, agar tidak terkeluar dari niat sebenar dan keikhlasan itu sendiri. Ikhlas itu tidak boleh dipelajari begitu sahaja, tapi ikhlas itu ilmu yang perlu dididik dalam jiwa, dalam hati.

Kepada Emilia;

Buat hati yang sentiasa berbicara à relakanlah

Buat mulut yang sering merungut à berdoalah

Buat diri yang sentiasa mempertikai à berselawatlah

Buat lidah yang sering mengadu àberzikirlah

Buat jiwa yang sering mengeluh à bertakwalah

Semoga ada jalan buat kita untuk dicintaiNya. Kerana hanya cinta Dia yang kekal dan cinta Dia yang mampu membuatkan segenap makhluk Allah turut mencintai kita. Alangkah indah cinta nan Agung.


ps: ilmu ikhlas ini popular dalam drama bersiri dan filem "Kiamat Sudah Dekat". Tonton dan hayati bagaimana "Ikhlas" benar-benar boleh mendidik diri seseorang. InsyaAllah.

=) Emilia (1421; Aug 18, 2011)

No comments:

Post a Comment