Ramai kata susah, apa yang susah? Memang susah kalau kita tak cuba cari yang senangnya.
Blog ini wajar dimanfaatkan dengan baik selain perkongsian rasa dan cerita.
Berbalik kepada cerita tadi, apa yang susah? Nak buat ayat ke, atau sebenarnya kita tak faham?
Kalau tak faham;
i) Perlu banyak membaca
ii) Rujuk thesaurus
iii) Rujuk kamus
iv) Luaskan pengetahuan penggunaan perkataan tertentu
Kalau susah nak buat ayat;
i) Back to basic, grammar
ii) GRAMMAR, GRAMMAR DAN GRAMMAR
Em sebelum ini pernah mengikuti kelas intensif untuk memperbaiki masalah grammar yang kronik ini, jadi kita kongsi ye ilmunya, kalau ada salah, jangan segan silu beritahu.
Mula-mula masuk kelas, pertama kali dalam hidup, Em rasa present tense tu susah. Jangan ketawa, kerana pada masa itu, Em berhasrat untuk bermula dari sifar.
Ada 12 tenses dalam peraturan grammar;
i) Simple present
ii) Present progressive aka present continuous
iii) Present perfect
iv) Present perfect progressive
v) Simple past
vi) Past progressive aka past continuous
vii) Past perfect
viii) Past perfect progressive
ix) Simple future
x) Future progressive aka future continuous
xi) Future perfect
xii) Future perfect progressive
Tercabut biji mata nak belajar kau! Ha, tapi ini kebenarannya.
Kita kupas satu persatu pada post akan datang.
p/s: pada Em, yang susah bukan rules, tetapi pengecualian kepada rules. Apa itu? Hehe..
=) Emilia (2336; Aug, 12, 2011)
No comments:
Post a Comment