Monday, August 22, 2011

Hadiah perfume? Ada makna?

Perfume atau nama saintifiknya minyak wangi merupakan antara hadiah yang popular untuk diberikan kepada rakan taulan dan sebagainya especially bila kita pergi oversea atau hadiah kahwin dan juga hantaran. Maklumlah, senang bawa dan pelbagai senang dari sudut lain.

Maka terjadilah sebuah kisah oleh seorang wanita A, menceritakan kepada wanita B bahawa beliau menerima sebotol minyak wangi yang diberikan oleh rakannya yang terbang ke sebuah negara sejuk, baru-baru ini. Cewah, siap cerita kalau kat Malaysia berapa harganya mengikut sukatan tertentu. Maklumlah sebelum ni memang pakai odorono je kata bapa Em.

Tersebut kisah kedua pula bila wanita A ini naik kenderaan dengan wanita C. A dan C tak begitu mengenali tetapi keduanya mengenali B. Bila diturunkan sahaja C di tempat yang diminta; tutup pintu terus si C ni cakap; berikut adalah dialognya:

C: aku cakap sikit kau marah tak?

B: mende?

C: aku ni tak niat apa-apa, cuma aku rasa aku perlu beritahu ni.

B: ye, pemendenye?

C: kawan kau tadi (A) badan dia ada sikit bau tau.

B: yeke? Aku bertahun kawan dengan dia suma, mungkin aku dah lali atau aku ni sama-sama busuk kot.

C: tak ah..aku ni jenis sensitif bab-bab bau ni. Kau ok, tapi dia tu ada bau sedikit.

B: padanlahhh…

C: nape?

B: baru semalam kot dia kata dia dapat minyak wangi, kawan dia bagi katanya. Sebab tu jugak ke kau diam tadi?

C: aah..la..untungla dia dapat minyak wangi ek..

B: untung???

Cuba teka apa yang untung? Bukan untung sebab minyak wangi mahal dapat FREE tapi sebab kawan yang bagi minyak wangi itu secara indirect nak beritahu yang si A ni ada sikit bau badan.

Moral: Tak semua orang sampai hati memberi tahu seseorang bahawa beliau punya bau badan. Kadang-kadang kita perlu faham dari bahasa tubuh orang lain. Maklumlah, perkara ini sekiranya diceritakan secara terbuka akan memalukan tuan empunya badan. Untuk tidak membiarkan mana-mana pihak terasa, mungkin juga ini cara terbaik untuk “memberitahu”.

opened toilet  isolated on white

source: http://findicons.com/search/smelly

Ps: Tak semua pula yang beri perfume tu nak bagitau kita ni tak wangi. Untuk sesetengah kes je. Jadi, tak salah, kalau anda sudi membuka mulut untuk bertanya dengan yang lebih rapat atau keluarga. Biasanya, keluarga ni jujur terlebih. Macam keluarga Em lah.

=) Emilia (1530; Aug 22, 2011)

2 comments: