Thursday, August 11, 2011

Selesaikan hutang dengan berhutang?

Ramai orang pelik, "aku ni nak selesaikan hutang, bukan menambah hutang"

Kerana dek terbaca beberapa article bagaimana sepasang suami isteri menyelesaikan hutang berpuluh ribu dalam masa 10bulan.

Rata-rata komen yang diberikan begitu sarcastic hanya kerana ada satu point;
kami menyelesaikan hutang dengan mengambil loan untuk menutup bayaran kad kredit dan beberapa pembiayaan lain.

Mula-mula, Em bersetuju juga, bila nak habis hutang? Sekadar tutup hutang dengan hutang..

Tuttt! Terbaca buku Azizi Ali; secara indirect beliau ada juga suggest jalan penyelesaian yang sama. Baca detail lagi, lagi dan lagi..

Rupanya dia suruh kita switch hutang yang tinggi interestnya kepada yang lebih rendah, dengan itu kita jimat wang.

Tak percaya? Ok, pergi cari rakan-rakan yang ada kad kredit, pastikan beliau membuat bayaran minimum atau di bawah paras minimum, kemudian, minta penyata mereka dan saksikan bagaimana bank membuat duit dengan menggunakan duit anda. Em pernah lihat dengan mata kepala Em sendiri.

Yang lain-lain tu sila baca sendiri dari buku beliau kalau sekiranya anda punya banyak hutanglah...

Apa yang pasangan suami isteri tu lakukan, walaupun dikritik dengan meluas oleh pembaca article tersebut, mereka bebas hutang...anda bagaimana?

=) Emilia (2330; Aug 12, 2011)

No comments:

Post a Comment